6 Atas Inspirasi 2017/2018

Kita semua keluarga. Belajar sama-sama, jatuh bangun sama-sama dan berjaya bersama.

Hijau

Tempat untuk mengelak daripada kesibukan bandar.

Graduation Day

Alhamdulillah, we graduated together.

Smile :)

Always be happy and smile to others.

Bangunan.

Setiap bangunan mepunyai ceritanya yang tersendiri.

Brownies Kedut

~Brownies Kedut~

KEK BROWNIES KEDUT 

Sana kedut... sini kedut.... 
Siapa jee yang tak suka makan brownies kan. Hari ni Nur nak kongsikan resepi brownies kedut yang Nur ambil daripada Hani Rosli tapi Nur ada olah sikit. Nur kurang suka makan kek manis-manis ni, jadi Nur olah sikit resipi tu dengan kurangkan kandungan gula dan bahan-bahan lain.

Brownies sebenarnya kek bantat. Nak dijadikan cerita, dulu ada seorang pembuat kek terlupa nak letak serbuk penaik dalam adunan. Jadi, selepas kek tu dah siap masak, kek tu jadi bantat atau tak naik (kecut). 'Kedut??' Ramai yang pelik macam mana permukaan brownies tu boleh berkedut. Kedutan itu terhasil daripada penggunaan coklat yang hampir 1/2kg. Untuk mendapatkan kedutan brownies yang cantik, pilihan coklat masakan dan mentega amat penting.

RESIPI BROWNIES KEDUT

Bahan A
  • 150 gram mentega (unsalted butter)
  • 400 gram coklat masakan (Dark Berryl's Choc)
Bahan B
  • 100 gram gula perang @ gula kastor
  • 4 biji telur
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/4 sk garam
Bahan C
  • 100 gram tepung gandum
  • 1/4 sk serbuk penaik
  • 1/4 gram serbuk koko
Bahan Tambahan
  • 45 gram coklat chip
  • 50 gram kacang badam (keping/hancur)
Cara-cara:
  1. Campurkan bahan A ke dalam bekas dan cairkannya dengan menggunakan kaedah "double boiler". Kemudian, gaul rata dan biarkan campuran tersebut sehingga sejuk untuk menghasilkan kedutan. (A)
  2. Dalam bekas yang berasingan, pukul bahan-bahan B secara sederhana sehingga sebati. (B) *Tips: Tidak perlu menggunakan mixer tetapi hanya gunakan 'whisk'.
  3. Ayak tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk koko di dalam bekas lain. Bahan C perlu diayak terlebih dahulu supaya tiada ketulan tepung yang tidak sebati dalam adunan brownies. (C)
  4. Setelah (A) telah sejuk sedikit, masukkan (A) ke dalam bekas (B) dan kacau sehingga rata. Kemudian, masukkan (C) sedikit demi sedikit ke dalam adunan (AB). *Tips: Gaul adunan tersebut dengan teknik kaup balik.
  5. Sekiranya anda mahukan brownies yang 'chewy' dan 'nutty', masukkan bahan tambahan tersebut ke dalam adunan.
  6. Alaskan acuan (10'x10') dengan kertas baking dan oleskan sedikit mentega sebelum menuang adunan brownies ke dalam loyang. *Nur akan taburkan sedikit garam atas permukaan brownies untuk ada rasa masin sikit. (opt)
  7. Bakar brownies tersebut ke dalam ketuhar pada suhu 160C selama 30-40 minit. *Tips: Panaskan ketuhar terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 160C. Biarkan pintu ketuhar terbuka sedikit selama 10 minit selepas brownies siap dibakar.
  8. Brownies siap untuk dipotong dan dimakan!! Jangan lupa ambil gambar banyak-banyak dan share dengan Nur okay? :D

Ni hasil kek brownies kedut Nur. 

Gambar kedua tu kurang kedut sebab Nur guna jenis coklat lain dan extra garam dekat permukaan brownies tu sebab tu permukaan dia nampak berlubang-lubang sikit, disebabkan taburan garam.

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus RSS Feed Email Pinterest

Quotes

When day is raining, I love to lie on the couch and see the dropping water.

About Me

NURHIDAYATI
指示灯
Sweet 20
Selangor
UKM,Bangi
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian
Terima kasih sebab singgah ke blog Nur :)


Popular Posts

Visitors

Categories

Powered by Blogger.

Followers

Copyright © Pena Nurhidayati | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com