Assalamualaikum dan hello semua, jumpa lagi kita. Hehehhee :D
Hari ni Nur nak kongsikan pengalaman Nur sepanjang minggu orientasi hari tu. Tau, dah agak terlambat sebenarnya nak kongsi sebab minggu ke-7 dah sekarang. Tapi Nur nak cerita jugak, tak kesah la dah lambat atau lapuk pun. Pertama sekali, Nur bersyukur sangat sebab dapat masuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), tercapai juga cita-cita nak sambung ijazah dekat UKM. Bersyukur sebab dapat sambung belajar dekat antara universiti yang terbaik di Malaysia.
Alhamdulillah...

MINGGU MESRA MAHASISWA (MMM)
KOLEJ KERIS MAS (KKM)
"Isnin, 2 September 2019"
Bermulalah kisah Nurhidayati di UKM sebagai mahasiswa. Takut sebenarnya nak duduk dekat tempat baru dengan kawan-kawan baru ni sebab gaya hidup pelajar UKM semestinya lain dengan STPM dulu. Jadi, masa hari pertama macam biasa kita kena daftar diri dekat kolej, ambil kad matrik dan kunci bilik. Nur dapat Kolej Keris Mas, salah satu kolej terbesar di UKM. #Bangga ð Program utk hari pertama dan kedua MMM lebih banyak kepada pengenalan UKM dan kolej.
Pengalaman sepanjang MMM ni seolah-olah titik permulaan yang baik untuk Nur teruskan belajar dekat UKM sebab Nur tahu Nur akan dapat belajar lebih banyak ilmu dan pengalaman baru dengan orang-orang baru. Masih jauh lagi perjalanan Nur dekat UKM ni, masih berbaki 2 tahun beberapa bulan. Banyak benda yang Nur perlu tahu dan belajar sebelum memegang segulung ijazah dan melangkah keluar ke alam pekerjaan.
Sepanjang MMM, kami semua diuruskan oleh barisan pemudah cara kolej (PC). Nur ingatkan orientasi UKM ni akan sama macam minggu orientasi dekat mana-mana universiti atau sekolah dulu, yang akan ada taklimat sepanjang hari, "ice-breaking" dan duduk dalam dewan je. TAPI TIDAK SAMA SEKALI YE. Program MMM dekat UKM sangat laa seronok dengan pengisian program yang membina dan menarik. Semua PC kolej sangat-sangatlah baik dengan junior mereka sebab mereka sanggup kipaskan kami guna kotak atau apa-apa barang yang boleh dijadikan kipas kalau dewan tu panas. SALUTE~
Sedih sikit sebab kebanyakan sukan yang ada, KKM hanya menang bola baling perempuan dan bola sepak je. Sukan yang lain tu KPZ menang. Huhuhu, takpe. Tahun depan kita lawan lagi sekali. :)
Persembahan tarian sebagai acara pembukaan program MMM |
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN (FEP)
"Selasa, 3 September 2019"Untuk hari ke-3, kami semua akan ke fakulti masing-masing. FEP adakan aktiviti explorace berteraskan teknologi maklumat sebab permainan ni menggunakan perisian HP reveal dan Metaverse. Explorace ini sebenarnya nak memberikan pengenalan tentang pentadbiran FEP kepada pelajar melalui permainan. Pelajar perlu mencari barisan pentadbiran FEP, biodata dan peribadi seseorang pentadbir melalui maklumat yang dinyatakan dalam Metaverse. Aktiviti yang sangat menarik dan berlainan.
Sesi mengenali pentadbir, iaitu Prof. Dr Norman Mohd Salleh (Dekan FEP) dan Dr Anthony (Pengurus Fep) |
SUKAN ANTARA KOLEJ
"Rabu, 4 September 2019"Setelah 2 hari mendengar taklimat kolej dan aktiviti fakulti, perlawanan sukan antara KKM dengan KPZ berlangsung dekat padang UKM. Masa untuk bersukan! Banyak jenis sukan yang ada contohnya, bola sepak, bola jaring, bola baling, bola tampar, futsal dan bola keranjang. Tak dapat dinafikan dengan semangat kolej di UKM, sepanjang perlawanan sesuatu sukan sedang berlangsung, kawan-kawan yang sama kolej tak henti-henti bersorak dekat luar padang. Tanda sokongan.
Sedih sikit sebab kebanyakan sukan yang ada, KKM hanya menang bola baling perempuan dan bola sepak je. Sukan yang lain tu KPZ menang. Huhuhu, takpe. Tahun depan kita lawan lagi sekali. :)
Perlawanan sukan antara KKM dengan KPZ |
PERANG DECTAR
"Khamis, 5 September 2019"
Hahahahaha, terkejutkan dengar nama 'perang'.
Nur tak sangka langsung yang UKM akan ada perang kolej untuk hari terakhir MMM. Sebenarnya, pada hari terakhir MMM semua pelajar baru tahun 1 akan ke Dewan Canselor Tunku Abdul Razak (DECTAR) untuk majlis ikrar janji sebagai mahasiswa baru. Debaran semasa berikrar tu lain, semua pelajar tahun 1 berdiri, fokus dan mengangkat tangan untuk ikrar pelajar. Suatu perasaan yang tak boleh nak digambarkan.
'Takut', 'gembira' dan 'gementar'.
Dah menjadi adat setiap tahun, selepas habis je majlis ikrar janji pelajar, semua kolej bersiap sedia untuk 'berperang'. Perang DECTAR ni platform untuk setiap kolej tunjukkan semangat dan kehebatan kolej masing-masing. Dengar cerita-cerita senior, Kolej Keris Mas (KKM) dengan Kolej Pendeta Za'ba (KPZ) ni musuh ketat dari dulu sebab kedua-dua kolej ni antara kolej terbesar kan. Kalau ada apa-apa pertandingan, mesti 2 kolej ni akan bersemangat untuk menang dan tunjukkan kehebatan sorakan.

Jadi, selepas majlis rasmi tamat, sorakan bagi setiap kolej dah mula bergema dalam DECTAR. Setiap kolej ada mafla dan alat sorakan masing-masing. Sorakan bermula daripada Kolej Aminuddin Baki, Kolej Dato Onn, Kolej Rahim Kajai dan diikuti oleh kolej-kolej yang lain. Suasana dewan yang awalnya tenang dan formal terus bertukar 360, menjadi hangat dan riuh dengan bunyi-bunyi sorakan kolej.
Kolej terakhir yang keluar daripada DECTAR menunjukkan yang kolej tu menang bagi Perang DECTAR tu sebab mampu bertahan dan bersemangat tunjukkan sorakan sampai ke penghujung.
Walaupun dalam dewan tu dah bising dan riuh dengan bunyi sorakan, tapi satu benda yang Nur kagum. SEMANGAT. Bersorak sampai hilang suara. Hahahahaa...
ðSINI ada video yang UKM Insta post dalam IG.

"Jadi, hargailah setiap masa yang kita ada semasa kita tengah belajar di universiti sebab tak semua orang dapat rasa apa yang kita rasa sekarang ni."
Terima kasih,
Nurhidayati ð
Salam Nur,
ReplyDeleteThere's something wrong with some of your pics. i can't view it. pls correct that later ya.
Nice posting you have here. few no of your friends also posted about the orientation week but none of them including you mentioned who won the perang dectar. so am quite curious :D
Good job. keep it up!