Jarum dan Benang

Assalamualaikum semuaa 🙋

Alhamdulillah, pejam celik je dah nak habis semester satu. Lagi beberapa minggu kita semua akan ada peperiksaan akhir. Rasa cepat sangat masa berlalu, rasa macam baru semalam masuk UKM, daftar diri dekat kolej dan ikut Minggu Mesra Mahasiswa (MMM). Walaupun dah nak habis satu semester, tapi masih banyak yang Nur kena belajar dekat UKM. Masih banyak tempat dalam UKM dan luar UKM yang Nur masih tak teroka dan pergi.

Sebelum ini Puan Fiza ada tinggalkan komen yang ada beberapa post Nur yang gambarnya tak boleh tengok, tapi waktu Nur tengok balik post itu tak ada apa-apa masalah. Jadi, Nur ingat mungkin gambar-gambar itu lambat keluar atau kena refresh blog daripada sisi Puan Fiza. Tapi setiap kali Nur buat post, mesti ada komen puan yang gambar masih tak boleh nak buka. Selepas Nur tengok dan minta tolong kawan lain buka blog Nur daripada peranti mereka, kawan-kawan Nur pun bagi tahu benda yang sama. 
"KENAPA GAMBAR DALAM BLOG KAU TAK BOLEH NAK TENGOK?" 
Satu persoalan yang masih tiada jawapan dan merungsingkan kepala. Hahahhaha 😂 Selepas dah beberapa kali meng'godek' blog, Nur mula perasan dan sedar, gambar-gambar yang 'hilang' tu semuanya gambar yang Nur ambil daripada Google Photos melalui link/URL atau URL gambar Internet yang penulisnya telah lock (pembaca tak boleh download gambar penulis itu). Jadi, permasalahannya sekarang ini adalah apabila kita mendaftarkan akaun Google kita dalam laptop dan upload apa-apa gambar daripada Google Photos ke dalam blog melalui URL, hanya diri kita sendiri sahaja yang boleh nampak sebab kita ada akses untuk ke akaun Google Photos. Seperti yang kita tahu, Google Photos ini lebih kepada akaun (galeri) yang privasi. Untuk mengatasi masalah ini, Nur kena download dulu gambar daripada Google Photos dan barulah upload ke dalam blog. KHALAS!

Senarai post yang dah dibaiki. Jangan tak lupa klik yee:

JARUM & BENANG

Hari ini Nur nak cerita tentang salah satu perkara yang Nur minat dan suka buat kalau ada masa lapang. Perkara yang melibatkan JARUM & BENANG. Ye! Menjahit.

Macam yang Nur pernah bagi tahu waktu posting blog yang pertama, Nur pernah masuk pertandingan koperasi; pertandingan antara syarikat yang mengeluarkan inovasi produk. Untuk tahun 2015, 'syarikat' Nur keluarkan produk tote beg yang ada dua muka, iaitu boleh guna lapisan luar dan lapisan dalam beg. Okay okay, Nur sebenarnya tak nak cerita tentang pertandingan itu. Nur nak berkongsi ilmu tentang apa-apa yang berkaitan dengan menjahit.

JOM KENALI JENIS KAIN










1 comment:

  1. kejap.. mcm tergantung post ni.. ke ada part 2? :D

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus RSS Feed Email Pinterest

Quotes

When day is raining, I love to lie on the couch and see the dropping water.

About Me

NURHIDAYATI
指įĪšįŊ
Sweet 20
Selangor
UKM,Bangi
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian
Terima kasih sebab singgah ke blog Nur :)


Popular Posts

Visitors

Categories

Powered by Blogger.

Followers

Copyright © Pena Nurhidayati | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com