Hari ni last Nur buat entry untuk kelas Aplikasi Komputer; Puan Hafiza. Huhuhuhuu. Selepas ini, dah tak ada dah setiap minggu nak fikir tajuk apa untuk blog, tapi tak bermaksud dah tak aktif blog okay,
BLOG TETAP ONNZZZ
Hadiah daripada Puan Fiza untuk Top Posting Blog yang best ( |
Sebelum itu, Nur nak ucapkan terima kasih banyak banyak banyak banyak dekat Puan Hafiza sebab banyak ajar ilmu baharu tentang komputer dekat Nur dan kawan-kawan lain. Nur memang minat belajar tentang IT ni, tapi sebab kali terakhir belajar IT masa tingkatan tiga dulu; subjek ICT, jadi dah lama tak buka laptop dan explore semua software. Alhamdulillah sem satu ini dapat belajar balik dan dapat pensyarah yang sempoi dan happening macam Puan Hafiza 💖
Okay.
Okay.
Macam yang semua tahu sekarang ni dah minggu yang ke-13, jadi semua orang sibuk nak belajar dan buat latihan sebelum exam final 26 Disember 2019 nanti. Nur pun tak terkecuali juga. Tapi sebenarnya... lagi nak dekat exam, lagi banyak program dan assignment yang nak kena buat dan submit. Huhuhuhu 😭
Minggu lepas, citra taekwondo Nur ada kena buat demonstration (koreografi dan pecahkan papan). Demo ini dikira sebagai 'exam final' kami yang ambil citra taekwondo. Nama kumpulan Nur ialah "The Victory". Kami berlatih seminggu je walaupun sebenarnya Master dah bagi tahu tentang demo ini dah lama. Setiap malam dari pukul 8.00p.m hingga 11.00p.m kami akan berlatih dekat Pusanika.
Selepas habis je kumpulan pertama buat demo, nama The Victory telah diseru..
Sakit woo kaki tapi kutahan juga. HAHAHHAA😂
THE VICTORY!! |
Isnin, 9 Disember 2019Pada malam itu, kami semua berkumpul dekat Pusanika untuk 'exam' demo. Semua orang dah ready pakai baju dobok, buat latihan terakhir dengan kumpulan masing-masing sebelum Master sampai. The Victory giliran persembahan yang kedua, jadi kami ada masa sikit untuk siapkan diri dan bertenang.
Selepas habis je kumpulan pertama buat demo, nama The Victory telah diseru..
Jadi dengan langkah bismillah kami semua mula buat demo dan persembahan pecahkan papan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun hujung-hujung tu ada terlupa step. 🙈Waktu sesi pecahkan papan, Nur orang pertama yang akan pecahkan papan. Untuk tumbukan, Nur guna teknik Jebi Poom Mok Chigi dan tendangan guna teknik Dollyo Chagi. Semasa pecahkan papan guna tangan, papan pecah tapi masa cubaan yang pertama dan kedua untuk tendangan tak lepas sebab kaki tengah sakit. Jadi Nur cuba lagi sekali baru pecah.
Selasa, 10 Disember 2019
Keesokkanya, Nur ada exam untuk citra Mandarin pula. Bayangkan seminggu lebih sibuk dengan latihan taekwondo dan esok selepas demo terus ada exam Mandarin. Exam Mandarin tu ada dua jenis exam, exam bertulis dan exam mendengar.
Walaupun exam bertulis dia simple sebab sama macam buku latihan yang selalu guna dalam kelas, tapi tak ada PINYIN (Sebutan untuk Chinese Characters). Jadi, terus jem kepala sebab nak kena ingat balik Chinese Character tu apa maksud dia. Untuk exam mendengar pula, laoshi (pensyarah) akan bacakan ayat dalam Bahasa Cina dan kami kena teka maksud, susun ayat semula dan teka jenis-jenis tone.
Pinyin :
Wǒ zuótiān xiàwǔ liǎng diǎn yǒu shàngkè.
Chinese Characters :
我昨天下午两点有上课.
Maksud :
Semalam, saya ada kelas pada jam 2 petang.
E X A MTu semua baru exam untuk citra, 26 Disember ni baru exam betul-betul. Takuutttt....
Semua exam akan bermula pada 26.12.19 hingga 6.1.19, tapi Nur punya exam untuk program Pentadbiran Perniagaan akan habis 3.1.19.
- 26 Disember 2019 : Pengantar Pengurusan (3.30 p.m)
- 27 Disember 2019 : Prinsip Perakaunan (8.30 a.m)
- 30 Disember 2019 : Makroekonomi (8.30 a.m)
- 02 Januari 2019 : Aplikasi Komputer (8.30 a.m)
- 03 Januari 2019 : Statistik untuk Ekonomi dan Perniagaan (8.30 a.m)
Sekarang tengah musim exam, PTSL selalu penuh tak kira masa, pagi petang siang malam. Berjuang habis-habisan sampai ke titisan darah yang terakhir gitu, belajar keras untuk dapatkan markah yang cantik. Minggu depan dah 'study week', jadi mesti ramai yang ambil peluang untuk balik rumah dan belajar dekat rumah je. Termasuklah Nur, hehehhehe. #homesick.
Sebenarnya takut bila nak dekat exam ini sebab ramai pensyarah kata yang sem 1 ini kena buat betul-betul sebab carry mark untuk CGPA tinggi. Waktu STPM dulu pun cikgu-cikgu kata kalau apa-apa exam sem 1, memang kena buat betul-betul. Kalau sem 1 markah dah jatuh teruk, naik sem 2 dan seterusnya nanti lagi sakit nak kejar CGPA dan nak dapatkan pointer 3.0 ke atas.
Hanya mampu berusaha dan berdoa sahaja kepada Allah. Huhuhu
SELAMAT MAJU JAYA SEMUA UNTUK EXAM FINAL !
Terima kasih,
Nurhidayati 💖
Salam Nur,
ReplyDeleteHuhu sedihnya.. I hope to see you guys again in future.
Congrats Nur, as i can see your effort in each of your posting.
i'm really proud of you!
Wish you best of luck in final and future insha'allah.
Keep it up!