6 Atas Inspirasi 2017/2018

Kita semua keluarga. Belajar sama-sama, jatuh bangun sama-sama dan berjaya bersama.

Hijau

Tempat untuk mengelak daripada kesibukan bandar.

Graduation Day

Alhamdulillah, we graduated together.

Smile :)

Always be happy and smile to others.

Bangunan.

Setiap bangunan mepunyai ceritanya yang tersendiri.
Showing posts with label Gaya hidup pelajar UKM. Show all posts
Showing posts with label Gaya hidup pelajar UKM. Show all posts

E X A M F I N A L

Assalamualaikum semua. 
Hari ni last Nur buat entry untuk kelas Aplikasi Komputer; Puan Hafiza. Huhuhuhuu. Selepas ini, dah tak ada dah setiap minggu nak fikir  tajuk apa untuk blog, tapi tak bermaksud dah tak aktif blog okay, 
BLOG TETAP ONNZZZ
Hadiah daripada Puan Fiza untuk Top Posting Blog yang best
(walaupun Blog Nur sebenarnya tak best, biasa je) ðŸ˜‚
Sebelum itu, Nur nak ucapkan terima kasih banyak banyak banyak banyak dekat Puan Hafiza sebab banyak ajar ilmu baharu tentang komputer dekat Nur dan kawan-kawan lain. Nur memang minat belajar tentang IT ni, tapi sebab kali terakhir belajar IT masa tingkatan tiga dulu; subjek ICT, jadi dah lama tak buka laptop dan explore semua software. Alhamdulillah sem satu ini dapat belajar balik dan dapat pensyarah yang sempoi dan happening macam Puan Hafiza 💖

Okay.

Macam yang semua tahu sekarang ni dah minggu yang ke-13, jadi semua orang sibuk nak belajar dan buat latihan sebelum exam final 26 Disember 2019 nanti. Nur pun tak terkecuali juga. Tapi sebenarnya... lagi nak dekat exam, lagi banyak program dan assignment yang nak kena buat dan submit. Huhuhuhu 😭 
Minggu lepas, citra taekwondo Nur ada kena buat demonstration (koreografi dan pecahkan papan). Demo ini dikira sebagai 'exam final' kami yang ambil citra taekwondo. Nama kumpulan Nur ialah "The Victory". Kami berlatih seminggu je walaupun sebenarnya Master dah bagi tahu tentang demo ini dah lama. Setiap malam dari pukul 8.00p.m hingga 11.00p.m kami akan berlatih dekat Pusanika. 

THE VICTORY!!
Isnin, 9 Disember 2019
Pada malam itu, kami semua berkumpul dekat Pusanika untuk 'exam' demo. Semua orang dah ready pakai baju dobok, buat latihan terakhir dengan kumpulan masing-masing sebelum Master sampai. The Victory giliran persembahan yang kedua, jadi kami ada masa sikit untuk siapkan diri dan bertenang. 
Selepas habis je kumpulan pertama buat demo, nama The Victory telah diseru.. 
Jadi dengan langkah bismillah kami semua mula buat demo dan persembahan pecahkan papan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun hujung-hujung tu ada terlupa step. 🙈Waktu sesi pecahkan papan, Nur orang pertama yang akan pecahkan papan. Untuk tumbukan, Nur guna teknik Jebi Poom Mok Chigi dan tendangan guna teknik Dollyo Chagi. Semasa pecahkan papan guna tangan, papan pecah tapi masa cubaan yang pertama dan kedua untuk tendangan tak lepas sebab kaki tengah sakit. Jadi Nur cuba lagi sekali baru pecah. 
Sakit woo kaki tapi kutahan juga. HAHAHHAA😂
Selasa, 10 Disember 2019
Keesokkanya, Nur ada exam untuk citra Mandarin pula. Bayangkan seminggu lebih sibuk dengan latihan taekwondo dan esok selepas demo terus ada exam Mandarin. Exam Mandarin tu ada dua jenis exam, exam bertulis dan exam mendengar. 
Walaupun exam bertulis dia simple sebab sama macam buku latihan yang selalu guna dalam kelas, tapi tak ada PINYIN (Sebutan untuk Chinese Characters). Jadi, terus jem kepala sebab nak kena ingat balik Chinese Character tu apa maksud dia. Untuk exam mendengar pula, laoshi (pensyarah) akan bacakan ayat dalam Bahasa Cina dan kami kena teka maksud, susun ayat semula dan teka jenis-jenis tone.
Pinyin :
WĮ’ zuÃģtiān xiàwĮ” liĮŽng diĮŽn yĮ’u shàngkÃĻ.
Chinese Characters :
我æ˜ĻåĪĐäļ‹åˆäļĪį‚đ有äļŠčŊū.
Maksud :
Semalam, saya ada kelas pada jam 2 petang.
E X A M
Tu semua baru exam untuk citra, 26 Disember ni baru exam betul-betul. Takuutttt....
Semua exam akan bermula pada 26.12.19 hingga 6.1.19, tapi Nur punya exam untuk program Pentadbiran Perniagaan akan habis 3.1.19.
  • 26 Disember 2019  : Pengantar Pengurusan (3.30 p.m)
  • 27 Disember 2019 : Prinsip Perakaunan (8.30 a.m)
  • 30 Disember 2019 : Makroekonomi (8.30 a.m)
  • 02 Januari 2019 : Aplikasi Komputer (8.30 a.m)
  • 03 Januari 2019 : Statistik untuk Ekonomi dan Perniagaan (8.30 a.m)

Sekarang tengah musim exam, PTSL selalu penuh tak kira masa, pagi petang siang malam. Berjuang habis-habisan sampai ke titisan darah yang terakhir gitu, belajar keras untuk dapatkan markah yang cantik. Minggu depan dah 'study week', jadi mesti ramai yang ambil peluang untuk balik rumah dan belajar dekat rumah je. Termasuklah Nur, hehehhehe. #homesick. 
Sebenarnya takut bila nak dekat exam ini sebab ramai pensyarah kata yang sem 1 ini kena buat betul-betul sebab carry mark untuk CGPA tinggi. Waktu STPM dulu pun cikgu-cikgu kata kalau apa-apa exam sem 1, memang kena buat betul-betul. Kalau sem 1 markah dah jatuh teruk, naik sem 2 dan seterusnya nanti lagi sakit nak kejar CGPA dan nak dapatkan pointer 3.0 ke atas. 

Hanya mampu berusaha dan berdoa sahaja kepada Allah. Huhuhu

SELAMAT MAJU JAYA SEMUA UNTUK EXAM FINAL !



Terima kasih,
Nurhidayati 💖
Read More

SUKEM

Hi Assalamualaikum,
Beberapa minggu sebelum ini merupakan minggu paling sibuk dan memenatkan untuk Nur sebab banyak sangat program, sukan, assignment dan exam yang kena buat. Fuuhhh ~ Alhamdulillah, minggu-minggu itu dah berlalu pergi sekarang, hehehee. Tapi masih ada banyak lagi minggu-mingu yang lebih mencabar akan datang.

Topik blog untuk minggu ini ialah SUKEM!

Sukem ini sebenarnya nama singkatan bagi Kejohanan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia yang akan diadakan pada setiap tahun. Setiap kolej yang ada dekat UKM akan berlawan dengan kolej-kolej lain mengikut sukan yang dipertandingkan. Antara sukan yang dipertandingkan ialah:
  1. Bola sepak
  2. Hoki
  3. Bola tampar
  4. Ping pong 
  5. Badminton
  6. Catur 
  7. Kriket
  8. Pencak silat
  9. Olahraga
  10. Skuasy
  11. Boling padang
  12. Taekwondo
  13. Bola jaring 
  14. Bola baling
  15. Bola keranjang 
  16. Sepak takraw
  17. Tenis
  18. Futsal
  19. Softball
  20. Ragbi
  21. Tenpin boling
  22. Petanque
  23. E-Sport (FIFA 20)
  24. Ultimate frisbee
Untuk SUKEM ini, Nur masuk sukan Petanque untuk wakil Kolej Keris Mas. Mesti first time dengar ada sukan nama PETANQUE. Okay, biar Nur cerita sikit tentang sukan ini. 

PETANQUE

Petanque adalah sejenis sukan yang menggunakan “boule” atau bola yang diperbuat daripada logam dan dimainkan mengikut peraturan-peraturan tertentu. Bola akan dibaling mengikut cara balingan masing-masing untuk menghampiri bola jed, iaitu sasaran yang berupa sebiji bola kayu yang berukuran seperti sebiji guli. Boule yang lebih menghampiri bola jed akan membolehkan permain mendapatkan mata permainan. Mata penamat bagi permainan petanque adalah sebanyak 13 mata. 

Tujuan Petanque ini adalah satu sahaja, PASTIKAN BOULE KITA DEKAT DENGAN BOLA JED. Walaupun terdapat 3 boule kita dekat dengan bola jed, tapi kalau dalam lingkungan bola jed terdapat boule pihak lawan dan merupakan boule kedua yang paling hampir dengan bola jed. Maka, kita hanya dapat 1 mata sahaja dan bukannya 3 mata. Selain membaling boule supaya dekat dengan bola jed, kita juga kena "shoot" atau menyingkirkan boule kumpulan lawan yang lebih dekat dengan bola jed supaya mereka tidak mendapat mata. Selagi boule kita lebih jauh daripada boule pihak lawan, kita kena baling boule sehingga kita punya lebih dekat dengan bola jed daripada pihak lawan walaupun sehingga kehabisan boule.

Nur dah main sukan Petanque ini sejak STPM lagi, saja-saja masuk nak cuba sukan yang tak pernah tahu. Ramai orang anggap sukan Petanque ini macam main guli sebab cuma perlu campak boule, tapi sebenarnya tak. Sukan ini sangat memerlukan fokus yang tinggi, ketepatan balingan dan teknik yang betul untuk membuatkan boule kita menghampiri bola jed. Sukan yang memberikan tekanan tinggi. 

Berbalik kepada cerita Sukem. Pada 23 November 2019, semua pemain untuk wakil kolej akan berkumpul di Gelanggang Petanque Kolej Keris Mas dan mendaftarkan diri. Para pemain wanita bagi wakil kolej akan dibahagikan kepada 3 kumpulan.
Kumpulan A :
* Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)
* Kolej Ungku Omar (KUO)
* Kolej Dato' Onn (KDO)
Kumpulan B :
* Kolej Rahim Kajai (KRK)
* Kolej Burhanuddin Helmi (KBH)
* Kolej Tun Syed Nasir (KTSN)
* Kolej Aminuddin Baki (KAB)
Kumpulan C :
* Kolej Keris Mas (KKM)
* Kolej Pendeta Za'ba (KPZ)
* Kolej Ibrahim Yaakob (KIY)
* Kolej Tun Hussein On (KTHO)

Semasa pusingan kumpulan, KKM berlawan dengan KPZ terlebih dahulu dan kami menang dengan mata 13-3. Mungkin masih awal pagi, masing-masing baru nak panaskan badan dan  nak selesakan diri dengan padang petanque.
KKM dan KPZ
Untuk game yang kedua, KKM berlawan dengan KIY. Alhamdulillah, pusingan ini kumpulan kami masih menang walaupun mata yang terkumpul adalah sedikit sahaja, iaitu 6-4.  Tetapi tidak pada pusingan ketiga, KKM kecundang dengan KTHO kerana kami hanya mendapat mata 5-8. Kolej yang telah memenangi dua atau tiga perlawanan dalam kumpulan dengan mata yang terkumpul adalah tinggi, mereka akan dapat melayakkan diri ke pusingan suku akhir.
KKM dan KIY
KKM dan KTHO
Setelah pihak pengurusan Petanque telah membuat pengiraan untuk markah kumpulan, kolej yang dapat mara ke suku akhir ialah KDO dan KUO (Kumpulan A), KAB dan KBH (Kumpulan B) dan KKM dan KTHO (Kumpulan C). Naib Johan dan Johan bagi kumpulan C akan berlawan dengan Naib Johan dan Johan kumpulan A dan B. Pusingan ini adalah untuk menentukan pasukan yang akan mara ke pusingan separuh akhir dan akhir.
Papan pemarkahan sukan Petanque
Suku Akhir : KKM vs KUO 
Separuh Akhir : KKM vs KDO 
Akhir : KKM vs KTHO 

KEPUTUSAN AKHIR :
Wanita

  1. Kolej Tun Hussein Onn
  2. Kolej Keris Mas
  3. Kolej Aminuddin Baki
  4. Kolej Dato' Onn
Semasa pusingan separuh akhir tengah berlangsung, tiba-tiba hujan lebat turun. Permainan terpaksa diberhentikan sebab ada petir dan padang pasah. Dalam pukul 3 petang, hujan dah reda sikit jadi permainan terus dimulakan. Semangat kolej tu ada dekat semua pemain sebab sanggup berbasah untuk habiskan pusingan separuh akhir dan melayakkan mereka semua ke pusingan akhir.

Semua pemain bagi wakil kolej memang hebat-hebat! Ada strategik dan teknik masing-masing. Walaupun cuaca pada hari itu sangat panas waktu tengah hari dan hujan lebat sebelah petang, tapi itu semua tak menghalang semua pemain untuk beraksi dan mengumpul mata yang tinggi. Nur harap tahun depan kita semua dapat jumpa dan main lagi, UPGRADE KEPADA EMAS PULAK!




Terima kasih,
Nurhidayati 💖
Read More

Minggu Mesra Mahasiswa (MMM)

Assalamualaikum dan hello semua, jumpa lagi kita. Hehehhee :D

Hari ni Nur nak kongsikan pengalaman Nur sepanjang minggu orientasi hari tu. Tau, dah agak terlambat sebenarnya nak kongsi sebab minggu ke-7 dah sekarang. Tapi Nur nak cerita jugak, tak kesah la dah lambat atau lapuk pun. Pertama sekali, Nur bersyukur sangat sebab dapat masuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), tercapai juga cita-cita nak sambung ijazah dekat UKM. Bersyukur sebab dapat sambung belajar dekat antara universiti yang terbaik di Malaysia.
Alhamdulillah...

MINGGU MESRA MAHASISWA (MMM)

KOLEJ KERIS MAS (KKM)

"Isnin, 2 September 2019"
Bermulalah kisah Nurhidayati di UKM sebagai mahasiswa. Takut sebenarnya nak duduk dekat tempat baru dengan kawan-kawan baru ni sebab gaya hidup pelajar UKM semestinya lain dengan STPM dulu. Jadi, masa hari pertama macam biasa kita kena daftar diri dekat kolej, ambil kad matrik dan kunci bilik. Nur dapat Kolej Keris Mas, salah satu kolej terbesar di UKM. #Bangga ðŸ˜‚ Program utk hari pertama dan kedua MMM lebih banyak kepada pengenalan UKM dan kolej. 

Sepanjang MMM, kami semua diuruskan oleh barisan pemudah cara kolej (PC). Nur ingatkan orientasi UKM ni akan sama macam minggu orientasi dekat mana-mana universiti atau sekolah dulu, yang akan ada taklimat sepanjang hari, "ice-breaking" dan duduk dalam dewan je. TAPI TIDAK SAMA SEKALI YE. Program MMM dekat UKM sangat laa seronok dengan pengisian program yang membina dan menarik. Semua PC kolej sangat-sangatlah baik dengan junior mereka sebab mereka sanggup kipaskan kami guna kotak atau apa-apa barang yang boleh dijadikan kipas kalau dewan tu panas. SALUTE~
Persembahan tarian sebagai acara pembukaan program MMM

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN (FEP)

"Selasa, 3 September 2019"
Untuk hari ke-3, kami semua akan ke fakulti masing-masing. FEP adakan aktiviti explorace berteraskan teknologi maklumat sebab permainan ni menggunakan perisian HP reveal dan Metaverse. Explorace ini sebenarnya nak memberikan pengenalan tentang pentadbiran FEP kepada pelajar melalui permainan. Pelajar perlu mencari barisan pentadbiran FEP, biodata dan peribadi seseorang pentadbir melalui maklumat yang dinyatakan dalam Metaverse. Aktiviti yang sangat menarik dan berlainan.
Sesi mengenali pentadbir, iaitu Prof. Dr Norman Mohd Salleh (Dekan FEP) dan Dr Anthony (Pengurus Fep)

SUKAN ANTARA KOLEJ

"Rabu, 4 September 2019"
Setelah 2 hari mendengar taklimat kolej dan aktiviti fakulti, perlawanan sukan antara KKM dengan KPZ berlangsung dekat padang UKM. Masa untuk bersukan! Banyak jenis sukan yang ada contohnya, bola sepak, bola jaring, bola baling, bola tampar, futsal dan bola keranjang. Tak dapat dinafikan dengan semangat kolej di UKM, sepanjang perlawanan sesuatu sukan sedang berlangsung, kawan-kawan yang sama kolej tak henti-henti bersorak dekat luar padang. Tanda sokongan.
Sedih sikit sebab kebanyakan sukan yang ada, KKM hanya menang bola baling perempuan dan bola sepak je. Sukan yang lain tu KPZ menang. Huhuhu, takpe. Tahun depan kita lawan lagi sekali. :)
Perlawanan sukan antara KKM dengan KPZ

PERANG DECTAR

"Khamis, 5 September 2019" 
Hahahahaha, terkejutkan dengar nama 'perang'. 
Nur tak sangka langsung yang UKM akan ada perang kolej untuk hari terakhir MMM. Sebenarnya, pada hari terakhir MMM semua pelajar baru tahun 1 akan ke Dewan Canselor Tunku Abdul Razak (DECTAR) untuk majlis ikrar janji sebagai mahasiswa baru. Debaran semasa berikrar tu lain, semua pelajar tahun 1 berdiri, fokus dan mengangkat tangan untuk ikrar pelajar. Suatu perasaan yang tak boleh nak digambarkan.
'Takut', 'gembira' dan 'gementar'.

Dah menjadi adat setiap tahun, selepas habis je majlis ikrar janji pelajar, semua kolej bersiap sedia untuk 'berperang'. Perang DECTAR ni platform untuk setiap kolej tunjukkan semangat dan kehebatan kolej masing-masing. Dengar cerita-cerita senior, Kolej Keris Mas (KKM) dengan Kolej Pendeta Za'ba (KPZ) ni musuh ketat dari dulu sebab kedua-dua kolej ni antara kolej terbesar kan. Kalau ada apa-apa pertandingan, mesti 2 kolej ni akan bersemangat untuk menang dan tunjukkan kehebatan sorakan.
Jadi, selepas majlis rasmi tamat, sorakan bagi setiap kolej dah mula bergema dalam DECTAR. Setiap kolej ada mafla dan alat sorakan masing-masing. Sorakan bermula daripada Kolej Aminuddin Baki, Kolej Dato Onn, Kolej Rahim Kajai dan diikuti oleh kolej-kolej yang lain. Suasana dewan yang awalnya tenang dan formal terus bertukar 360, menjadi hangat dan riuh dengan bunyi-bunyi sorakan kolej.
Kolej terakhir yang keluar daripada DECTAR menunjukkan yang kolej tu menang bagi Perang DECTAR tu sebab mampu bertahan dan bersemangat tunjukkan sorakan sampai ke penghujung.
Walaupun dalam dewan tu dah bising dan riuh dengan bunyi sorakan, tapi satu benda yang Nur kagum. SEMANGAT. Bersorak sampai hilang suara. Hahahahaa...

👉SINI ada video yang UKM Insta post dalam IG.

Pengalaman sepanjang MMM ni seolah-olah titik permulaan yang baik untuk Nur teruskan belajar dekat UKM sebab Nur tahu Nur akan dapat belajar lebih banyak ilmu dan pengalaman baru dengan orang-orang baru. Masih jauh lagi perjalanan Nur dekat UKM ni, masih berbaki 2 tahun beberapa bulan. Banyak benda yang Nur perlu tahu dan belajar sebelum memegang segulung ijazah dan melangkah keluar ke alam pekerjaan.
"Jadi, hargailah setiap masa yang kita ada semasa kita tengah belajar di universiti sebab tak semua orang dapat rasa apa yang kita rasa sekarang ni."






Terima kasih,
Nurhidayati 💖
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus RSS Feed Email Pinterest

Quotes

When day is raining, I love to lie on the couch and see the dropping water.

About Me

NURHIDAYATI
指įĪšįŊ
Sweet 20
Selangor
UKM,Bangi
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian
Terima kasih sebab singgah ke blog Nur :)


Popular Posts

Visitors

Categories

Powered by Blogger.

Followers

Copyright © Pena Nurhidayati | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com