"Kenapa muka kau banyak sangat jerawat? Kau tak pernah guna pencuci muka ke?" - Facebook
"Dah la gemuk, ada hati nak post gambar dekat Instagram. Buat malu je. Lebih baik kau tutup je akaun Ig." - Instagram
"Semua artis Malaysia dah mula buka perniagaan sendiri. Kenapa? Lakonan dah tak laku ke? Ke dah tak ada pengarah nak panggil untuk berlakon?" - Tajuk artikel
"Artis *** ni dah laa berlakon macam kayu, lagi best nenek aku berlakon. Hahahaha" - Twitter
Hampir setiap hari kita akan baca post, tweet atau komen-komen negatif netizen dekat media sosial. Tidak kiralah, Instagram, Twitter, Facebook, Whatsapp atau laman-laman sesawang yang lain. Mesti tak akan lari daripada isu buli siber ni.
Statistik kes buli siber yang dilaporkan di seluruh dunia Sumber: Laman web CompariTech |
Terkejut kan sebab Malaysia tercatat sebagai salah satu negara yang mempunyai kes buli siber yang tertinggi. Ranking nombor 6 pulak tu. Hahahahaha, Nur tak hairan laa kalau negara kita ramai yang mengalami tekanan emosi atau kemurungan yang serius disebabkan kes siber buli ni. Semua orang nak jadi 'makcik atau pakcik bawang' dalam Internet. "Keyboard warrior" gitu. Macam mana laa rakyat Malaysia tak tertekan dengan netizen, nak-nak lagi public figures yang sememangnya menjadi perhatian masyarakat.
Kalau seseorang artis tu tersilap kata atau post gambar yang kurang enak dipandang di laman sosial, pasti komen-komen negatif yang menghiasi ruangan komen. Nur boleh potong jari laa benda ni betul. Gurau je, jangan serius sangat yee ð
BULI SIBER
Petikan daripada Portal Rasmi MyHealth mendefinisikan buli siber ni sebagai suatu perbuatan yang boleh mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang secara berterusan melalui medium elektronik, seperti mesej teks (SMS), chatting, e-mel, laman sosial atau mana-mana laman web sesawang. Kebiasaannya, pembuli siber lebih aktif dan agresif daripada pembuli biasa kerana identiti mereka tak diketahui.
Ada banyak sebenarnya jenis-jenis buli siber yang berlaku dekat Malaysia, tapi Nur senaraikan jenis buli siber yang selalu terjadi kebelakangan ni.
# Jenis-jenis buli siber
- Mesej yang mengganggu dan mengancam
- Menyalahgunakan kata laluan atau nama skrin seseorang atau menyamar sebagai orang lain
- Memanjangkan e-mel, gambar atau video yang mengaibkan seseorang kepada orang lain
- Memuat naik komen negatif atau gambar yang tidak senonoh
- Gangguan seksual dalam Internet
Walaupun buli siber ni bukan kes buli secara fizikal, tetapi kesan yang ditinggalkan pada mangsa buli adalah lebih serius berbanding dengan fizikal. Kebanyakan mangsa buli siber lebih banyak memendamkan perasaan daripada meluahkan atau berkongsi masalah tersebut dengan rakan-rakan atau keluarga.
Mereka anggap 'penderaan atau buli' yang mereka alami ni perkara biasa dan tidak serius sehinggalah perbuatan membuli tersebut berterusan dan beri kesan pada diri mereka sendiri.
Nur ada senaraikan beberapa kesan buli siber terhadap mangsa buli.
Mereka anggap 'penderaan atau buli' yang mereka alami ni perkara biasa dan tidak serius sehinggalah perbuatan membuli tersebut berterusan dan beri kesan pada diri mereka sendiri.
Nur ada senaraikan beberapa kesan buli siber terhadap mangsa buli.
# Kesan buli siber
- Perkembangan emosi kanak-kanak atau remaja terganggu
- Hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan khalayak ramai
- Kemurungan yang serius
- Bunuh diri
- Tahap kesihatan tubuh badan merosot
"Bintang K-Pop Sulli ditemui mati di kediamannya" - Berita Harian
Gambar hiasan daripada laman web Siakap Keli berkaitan dengan kes bunuh diri artis Korea. |
Baru-baru ni, dunia Korea digemparkan dengan berita kematian seorang artis, iaitu Sulli kerana kemurungan disebabkan buli siber. Nur dapat tau berita ni pun daripada Twitter sebab tiba-tiba nama #Sulli trending masa tu. Terkejut sebenarnya sebab dulu Nur kenal artis Sulli ni daripada drama To The Beautiful You dan dia pernah jadi artis jemputan dalam Runningman.
Sulli dikatakan tertekan dan mengalami kemurungan sebab kebanyakan rakyat Korea menghina, "body shaming", dan meninggalkan komen-komen negatif dekat IG Sulli. Siapa je yang tak tertekan kalau orang sekeliling anggap diri kita ni sebagai orang jahat dan berkata buruk tentang diri. Tapi punca sebenar kematian masih tak diketahui, jadi kita tak bolehlah nak buat spekulasi sendiri dan salahkan beberapa orang pihak. Biarkan pihak berkuasa buat siasatan dan tugas mereka dahulu.
Tengoklah betapa teruknya hentaman dan komen-komen negatif orang Korea dekat artis-artis sana sampai boleh jadi kemurungan dan bunuh diri. *sakit kepala* ð
Tengoklah betapa teruknya hentaman dan komen-komen negatif orang Korea dekat artis-artis sana sampai boleh jadi kemurungan dan bunuh diri. *sakit kepala* ð
"Pelajar kolej di Pulau Pinang bunuh diri, tidak tahan jadi mangsa buli siber"
Menerusi laman blog Lobak Merah |
Berita yang pernah hangat dulu pada tahun 2017, seorang pelajar Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Pulau Pinang yang bernama Teh dilaporkan bunuh diri dengan terjun dari tingkat 17 sebuah bangunan pada 2 May 2017. Menurut artikel Tarus Confessions, rakan Teh menulis..
"Saya percaya ini bukanlah kali pertama anda dengar tentang kes buli siber. Semalam, rakan saya membunuh dirinya kerana buli siber."Atas alasan kebebasan bersuara, Teh telah dibuli secara siber oleh individu yang tidak dikenali menerusi penulisan artikel individu tersebut tentang Teh sehingga menyebabkan Teh terkesan dan berasa tertekan. Rakannya gagal menasihati Teh untuk tidak melakukan perkara yang tidak baik kerana Teh pernah menyuarakan pendapatnya bahawa dia terfikir untuk membunuh diri. Namun, setelah beberapa hari, Teh telah dilaporkan membunuh diri dari tingkat 17.
Laporan tentang kes buli siber dan bunuh diri disebabkan kes buli siber dah semakin menjadi-jadi sekarang. Bukan setakat di Malaysia, di luar negara pun banyak kes macam ni berlaku. Lebih teruk rasanya. Penggunaan teknologi maklumat ni sebenarnya elok, tapi kalau dah ada individu yang salah gunakan keistimewaan teknologi ni, sebab itulah kes buli siber dan jenayah siber boleh berlaku.
Oleh sebab itulah, kita kena buat langkah pencegahan untuk mengelakkan kes buli siber dan rentetan daripada kes tersebut daripada berlaku lagi.
# Langkah mengatasi buli siber
- Gunakan pelindung privasi atau tetapkan akaun sosial kepada privasi
- Melaporkan kes buli siber sekiranya berlaku secara berterusan
- Sentiasa berfikir secara rasional terlebih dahulu sebelum membuat tindakan yang boleh membahayakan diri
- Berkongsi masalah dengan orang terdekat
- Tidak mudah melatah dan sentiasa mempositifkan diri sendiri
Orang ramai mungkin anggap "buli siber" ni sebagai suatu perkara yang remeh, tapi Nur tak rasa macam tu sebab daripada perkara remehlah sesuatu perkara tu boleh jadi masalah yang besar dan serius. Oleh itu, semua orang kenalah main peranan masing-masing untuk mengurangkan kes buli siber di Malaysia dan JANGAN SESEKALI JADI PEMBULI SIBER di Internet. Kita mungkin boleh jadi individu yang tidak beridentiti yang membuli orang lain di laman sosial tetapi tidak pada yang ada ATAS kita ni, Tuhan. ð
"Berhati-hatilah ketika tangan anda ada pada papan kekunci.
Huruf-huruf yang anda tulis mungkin akan menjadi patah-patah perkataan yang lebih tajam daripada pisau yang boleh menyakiti orang lain tanpa sengaja atau dengan sengaja."
-Nurhidayati
-Nurhidayati
Terima kasih,
Nurhidayati ð
Salam Nur,
ReplyDeleteThis is like reading the article already.
Good job!
Cyber bullying is a big no esp Muslims, it will be counted as well in akhirat. If you don't have some nice things to say just keep quiet.
Keep up the good work!