WAJA


Wawasan Janji A 

WAJA ni kumpulan untuk kelas 6 Inspirasi bagi Bahasa Melayu. Masa Tingkatan 6, kelas bahasa Melayu laa paling best sebab banyak buat aktiviti dalam kumpulan, kaedah pembelajaran yang menarik dan kreatif. 
PUAN WAHIDA BINTI ABD WAHID
Itu la nama cikgu untuk subjek Bahasa Melayu Nur, "THE BEST CIKGU EVER"!! Cikgu Wahida selalu bagi tugasan berkumpulan, contohnya permainan tali arus peribahasa, buat lagu untuk sesuatu topik dan teknik mneumonik. Sebenarnya banyak lagi aktiviti dalam kelas sepanjang 3 semester ni, cuma tak tersenarai banyaknya aktiviti tu. Okay, kita start dengan permainan checkpoint peribahasa.

PERMAINAN TALI ARUS PERIBAHASA

Cikgu Wahida buat permainan ni untuk bantu kami semua ingat peribahasa, perumpamaan dan simpulan bahasa. Peribahasa dalam BM kan banyak, jadi dengan cara ni laa kami menghafal semua peribahasa tu. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap orang kena ingat peribahasa yang disampaikan oleh penjaga checkpoint. Berlari, menghafal, terlanggar sana sini. Macam-macam kerenah anak-anak Inspirasi, semua muka terkebil-kebil nak ingat balik peribahasa yang masing-masing dapat. Ada yang peribahasa tunggang-langgang sebab terlupa 😂 

KENANGAN TINGKATAN ENAM.

LAGU BM

Tugasan yang seterusnya pula, kami semua kena tukar lirik mana-mana lagu terkini kepada maklumat dalam topik Bahasa Melayu. Awal-awal dapat tugasan tu 'jammed' laa jugak kepala masing-masing sebab nak kena tukar lirik lagu, menyanyi dan buat muzik video, dah macam penulis lagu dah. Tapi alhamdulillah, kami semua dapat siapkan lagu tu dan tiptop. Hehehee, cikgu Wahida share lagu tu dekat semua sekolah Tingkatan 6 dan sedikit sebanyak dapat la tolong kawan lain.

Tugasan ni kami buat masa semester 2 sebab topik sem 2 banyak kena menghafal. Cikgu Wahida tau anak muda ni suka menyanyi, jadi cikgu suruh kami menghafal topik BM melalui lagu. WAJA Nur buat topik "klausa", kami tukar lagu Havana jadi lagu ilmu BM, haa pening~ Tapi teknik ni tersangat-sangat laa membantu kami semasa peperiksaan dan Nur masih ingat semua lagu BM yang kawan-kawan lain buat. TAK TIPU ! ✋ 

Dekat bawah ni Nur ada listkan lagu-lagu yang kami buat, boleh laa tengok dan share yee :)

Senarai lagu BM
Selain buat lagu BM, kami juga kena betulkan tatabahasa dalam lagu-lagu melayu terkini. Kebanyakan penulis lagu buat lagu guna bahasa singkatan dan bahasa pasar, yang semestinya tak ikut tatabahasa Melayu. Jadi, cikgu Wahida minta kami untuk analisis dan perbetulkan tatabahasa Melayu dalam lagu. 
Bayangkan lirik lagu yang panjang-panjang dengan tatabahasa yang salah, kami nak kena analisis setiap satu patah perkataan jenis kata tersebut, perkataan yang sepatutnya dan persembahkan pembetulan lagu tu dalam video. Fuuhh~~
Sebahagian lirik daripada lagu "Redha - Irfan Haris"
Sebahagian lirik daripada lagu "Di matamu - Sufian Suhaimi"

TEKNIK MNEUMONIK

Teknik mneumonik ni wajib guna dalam kelas BM! Hampir 90% ilmu yang kami belajar dari sem 1 hingga sem 3, kami guna mneumonik untuk hafal dan faham sesuatu topik. Teknik ni sangat-sangat membantu.
Contoh mneumonik yang Cikgu Wahida ajar :
* MORFOLOGI
Saya - Struktur kata
Budak - Bentuk kata
Gombak - Golongan kata

Nur tak pernah terfikir pun akan belajar Bahasa Melayu masa STPM, tapi syukur Alhamdulillah sebab dapat cikgu yang best dan penyayang. Cikgu Wahida lebih banyak menasihati dan membentuk anak-anak murid dia menjadi seseorang yang lebih baik dan berilmu berbanding jadi murid yang berilmu tapi tiada adab. 💕






TERIMA KASIH PUAN WAHIDA, KAMI SENTIASA MENGINGATI JASAMU CIKGU.


Video Khas Persaraan Puan Wahida daripada anak-anak Inspirasi 17/18







Terima kasih,
Nurhidayati 💖

1 comment:

  1. Salam Hidayati,
    Very creative teacher you have there.
    She must really want you guys to score the subject :D
    Good job on the content as usual, lengkap dgn video dan pemilihan font yg warna warni.
    Good job and keep it up!

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus RSS Feed Email Pinterest

Quotes

When day is raining, I love to lie on the couch and see the dropping water.

About Me

NURHIDAYATI
指įĪšįŊ
Sweet 20
Selangor
UKM,Bangi
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian
Terima kasih sebab singgah ke blog Nur :)


Popular Posts

Visitors

Categories

Powered by Blogger.

Followers

Copyright © Pena Nurhidayati | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com