C.O.F.F.E.E.

Assalamualaikum, hii semua!!!
Sebelum kita start menulis, BISMILLAH dulu.
Hahahhaa, sebenarnya Nur dah tak ada idea nak tulis blog. Puas dah perah otak, fikir nak buat tajuk apa 😁 Rasa kosong je dalam fikiran ni. Kalau ada Nur junior dalam kepala dan menjerit, mahu bergema otak sebab kosong, TIADA IDEASetelah puas berfikir dan belek-belek album, terjumpa laa gambar ni. 
Sebelum Nur sambung belajar degree, Nur kerja sekejap untuk beberapa bulan dekat Dr Cafe Coffee. Mencari pengalaman sebelum belajar, bila lagi nak rasa semua benda ni kalau bukan sekarang. Betul tak? Banyak je kerja yang Nur dah cuba, dari jurujual, kerani panggilan untuk telekomunikasi Celcom, butik Ariani Ready-To-Wear dan terakhir barista. Macam-macam benda juga yang Nur dapat belajar daripada kerja-kerja itu.
Bergambar dengan Miss Adlin, HR Dr Cafe pada hari terakhir
Barista Dr. Cafe Coffee

dr. CAFE COFFEE

Dr. Cafe Coffee ini berasal daripada Riyadh, Arab Saudi dan merupakan antara kopi yang terkenal dan tersedap di Arab Saudi. Dulu, dr. Cafe ini ada banyak cawangan dekat Malaysia, tapi disebabkan sekarang dah ada banyak pesaing, seperti Starbucks, Coffee Bean & Tea Leaf, Dal.komm Coffee dan banyak lagi. Jadi sekarang tinggal satu je dekat Malaysia, iaitu di Setapak Central Mall, Gombak, Kuala Lumpur.

Dr. Cafe menggunakan biji kopi asli daripada Arab. Kebanyakan bahan yang digunakan dalam cafe, semuanya import dari Arab. 100% Arabian taste gituu. Sasaran pelanggan kafe ni ialah orang arab sebab kopi Dr. Cafe ini "strong" sikit daripada rasa kopi kedai lain. Jadi, kebanyakan pelanggan yang datang adalah orang-orang yang 'berkulit gelap' berbanding dengan orang melayu, cina atau india.
Bungkusan biji kopi Dr. Cafe Coffee asli daripada Arab Saudi

JOM JADI BARISTA!

Jenis-jenis kopi yang asas
Sumber: Vector stock 
Sebelum nak belajar bancuh kopi, kita kena belajar untuk buat 'perfect espresso shot'. Kalau kopi yang kita buat tu tak dapat perfect shot, nanti kopi tu akan rasa lain, sama ada tawar atau terlalu pekat.
Apa itu 'perfect espresso shot'?
'Perfect shot' untuk kopi ni sebenarnya bancuhan kopi asli yang menepati standard kafe.
  1. Biji kopi dikisar halus
  2. Berat/ amaun serbuk kopi : 14-18 gram
  3. Serbuk kopi dimampatkan separa kuat 
  4. Tempoh di'brew': 17-23 saat
Espresso shot atau kopi ialah biji kopi yang dibrew tanpa ada campuran mana-mana bahan, seperti susu atau coklat. Kopi ini kebiasaannya orang arab minum pada waktu pagi atau malam sebab mereka nak elakkan mengantuk. Nur pernah cuba rasa 1 shot espresso ni, SERIUS! Rasa dia sangat PEKAT, LIKAT, PAHIT. Hahahahaha, semua ada laa 😂

  • Single shot espresso : 1 onz
  • Double shot espresso : 2 onz
  • Triple shot espresso : 3 onz
* Espresso Machiatto
Espresso machiatto ialah kopi campur dengan buih susu. Susu yang dah distim akan ada buih pada permukaan, jadi kita akan scoop buih tu bergantung pada permintaan pelanggan. 

ESPRESSO SHOT + BUIH SUSU = ESPRESSO MACHIATTO 

Kopi dengan topping whip cream.
                           ESPRESSO SHOT + WHIP CREAM = ESPRESSO CON PANNA

Americano atau orang melayu selalu panggil kopi o ini ialah campuran espresso shot dengan air. Tapi kalau orang yang selalu beli kopi atau "coffee lovers", mereka akan panggil americano ni sebagai black coffee
ESPRESSO SHOT + AIR PANAS = AMERICANO

Kopi latte atau kopi biasa yang macam selalu kita bancuh dekat rumah. Selain kopi latte, orang selalu jugak panggil white coffee sebab kopi ditambah dengan susu yang distim. Kalau kita buat latte, cawan dia mesti akan rasa 'berat' sikit daripada cappuccino sebab lebih banyak susu stim daripada buih susu.
ESPRESSO SHOT + SUSU STIM (85%) + BUIH SUSU (15%) = LATTE

Cappuccino ini sebenarnya sama je dengan latte, cuma rasa kopi ini 'strong' sikit daripada latte sebab cappuccino lebih banyak buih susu daripada susu stim. 
ESPRESSO SHOT + SUSU STIM (45%) + BUIH SUSU (55%) = CAPPUCCINO

Mesti semua orang pernah minum air mocha kan? Tapi semua tau tak yang mocha ni sebenarnya campuran kopi dengan coklat. Minuman ini sesuai untuk sesiapa yang jenis tak suka kopi yang terlalu pahit dan yang nakkan manis-manis sikit.
ESPRESSO SHOT + COKLAT + SUSU STIM  = COFFEE MOCHA

Caramel Machiatto Latte, Nur punya favourite ni!! Serious sedap, sesiapa yang nak cuba minum kopi bolehlah cuba minum kopi ini. Caramel Machiatto Latte ini tak pahit sangat sebab kopi ini campur sirap vanila dan ada topping caramel. Jadi, sesuai untuk yang nak minum kopi tapi nak manis.
ESPRESSO + SIRAP VANILA + SUSU STIM + BUIH SUSU + CARAMEL = CML

Sebenarnya banyak lagi resipi kopi yang ada, tapi bagi Nur kopi-kopi ini antara kopi asas yang kita kena tahu sebelum nak order. Tak ada la masa dekat kaunter terkebil-kebil baca menu sebab tak tau rupa atau rasa kopi yang kita nak beli tu. Sebelum ni Nur tak suka minum kopi sebab pahit dan rasa pelik kat lidah, tapi lepas kerja dekat kafe. Hari-hari Nur minum kopi. Hahahaha 😆
Nur punya favourite kopi, Caramel Machiatto Latte. 
Apa kopi kegemaran anda semua?Waktu Nur kerja dekat Dr. Cafe, banyak benda yang Nur belajar. Disebabkan pelanggan kafe ini lebih banyak pelanggan dari negara luar, jadi Nur kena berkomunikasi dengan pelanggan dalam bahasa Inggeris. Jadi, secara tak langsung Nur dapat asah dan belajar biasakan diri untuk bertutur bahasa Inggeris setiap hari. Berbelitlah jugak lidah waktu awal-awal kerja, tapi Alhamdulillah dah bolehlah cakap lancar sikit daripada biasa.
Coffee Bar Dr Cafe Coffee.
Tangan terkena air panas, alatan besi panas, kopi tertumpah. Tu semua perkara biasa 😂
Selain itu, kerja dekat Dr. Cafe dah banyak ubah pandangan Nur tentang orang-orang Arab, Somalia atau yang berkulit hitam. Sebelum ni, kalau kita nampak orang-orang macam ni dekat luar, automatik kita akan rasa takut dan beranggapan mereka ni kasar. Tapi sebenarnya TAK! Kebanyakan pelanggan tetap atau pelanggan biasa kafe semuanya baik-baik, friendly dan pemurah sangat. 
JENIS BOLEH BUAT KAWAN 😂

"Secawan kopi dapat mengubah hari anda."


Terima kasih,
Nurhidayati 💖

1 comment:

  1. Salam Nur,
    Is it just me or some of the pics are missing.
    Please take a look at that.
    Good info btw. Really enjoy reading it

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus RSS Feed Email Pinterest

Quotes

When day is raining, I love to lie on the couch and see the dropping water.

About Me

NURHIDAYATI
指įĪšįŊ
Sweet 20
Selangor
UKM,Bangi
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian
Terima kasih sebab singgah ke blog Nur :)


Popular Posts

Visitors

Categories

Powered by Blogger.

Followers

Copyright © Pena Nurhidayati | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com