6 Atas Inspirasi 2017/2018

Kita semua keluarga. Belajar sama-sama, jatuh bangun sama-sama dan berjaya bersama.

Hijau

Tempat untuk mengelak daripada kesibukan bandar.

Graduation Day

Alhamdulillah, we graduated together.

Smile :)

Always be happy and smile to others.

Bangunan.

Setiap bangunan mepunyai ceritanya yang tersendiri.
Showing posts with label Minat. Show all posts
Showing posts with label Minat. Show all posts

Jarum dan Benang

Assalamualaikum semuaa 🙋

Alhamdulillah, pejam celik je dah nak habis semester satu. Lagi beberapa minggu kita semua akan ada peperiksaan akhir. Rasa cepat sangat masa berlalu, rasa macam baru semalam masuk UKM, daftar diri dekat kolej dan ikut Minggu Mesra Mahasiswa (MMM). Walaupun dah nak habis satu semester, tapi masih banyak yang Nur kena belajar dekat UKM. Masih banyak tempat dalam UKM dan luar UKM yang Nur masih tak teroka dan pergi.

Sebelum ini Puan Fiza ada tinggalkan komen yang ada beberapa post Nur yang gambarnya tak boleh tengok, tapi waktu Nur tengok balik post itu tak ada apa-apa masalah. Jadi, Nur ingat mungkin gambar-gambar itu lambat keluar atau kena refresh blog daripada sisi Puan Fiza. Tapi setiap kali Nur buat post, mesti ada komen puan yang gambar masih tak boleh nak buka. Selepas Nur tengok dan minta tolong kawan lain buka blog Nur daripada peranti mereka, kawan-kawan Nur pun bagi tahu benda yang sama. 
"KENAPA GAMBAR DALAM BLOG KAU TAK BOLEH NAK TENGOK?" 
Satu persoalan yang masih tiada jawapan dan merungsingkan kepala. Hahahhaha 😂 Selepas dah beberapa kali meng'godek' blog, Nur mula perasan dan sedar, gambar-gambar yang 'hilang' tu semuanya gambar yang Nur ambil daripada Google Photos melalui link/URL atau URL gambar Internet yang penulisnya telah lock (pembaca tak boleh download gambar penulis itu). Jadi, permasalahannya sekarang ini adalah apabila kita mendaftarkan akaun Google kita dalam laptop dan upload apa-apa gambar daripada Google Photos ke dalam blog melalui URL, hanya diri kita sendiri sahaja yang boleh nampak sebab kita ada akses untuk ke akaun Google Photos. Seperti yang kita tahu, Google Photos ini lebih kepada akaun (galeri) yang privasi. Untuk mengatasi masalah ini, Nur kena download dulu gambar daripada Google Photos dan barulah upload ke dalam blog. KHALAS!

Senarai post yang dah dibaiki. Jangan tak lupa klik yee:

JARUM & BENANG

Hari ini Nur nak cerita tentang salah satu perkara yang Nur minat dan suka buat kalau ada masa lapang. Perkara yang melibatkan JARUM & BENANG. Ye! Menjahit.

Macam yang Nur pernah bagi tahu waktu posting blog yang pertama, Nur pernah masuk pertandingan koperasi; pertandingan antara syarikat yang mengeluarkan inovasi produk. Untuk tahun 2015, 'syarikat' Nur keluarkan produk tote beg yang ada dua muka, iaitu boleh guna lapisan luar dan lapisan dalam beg. Okay okay, Nur sebenarnya tak nak cerita tentang pertandingan itu. Nur nak berkongsi ilmu tentang apa-apa yang berkaitan dengan menjahit.

JOM KENALI JENIS KAIN










Read More

Dari perut ke hati

"Pikatlah suami dengan ikat perutnya dulu"

Nur yakin yang semua mak-mak mesti ada bagi tau kalau nak ambil hati seseorang atau suami, kita kenalah 'ikat' perut dia dulu. Point Nur sekarang bukanlah nak bagi tips untuk pikat suami, haahahhahaa 😂 belum tiba masanya lagi, tapi nak bagi tau yang belajar memasak itu penting untuk perempuan.

Mak Nur kerja tukang masak, jadi Nur memang selalu tolong dia dekat dapur atau tempat kerja. Bayangkan sebelum Nur lahir lagi sampailah ke hari ni, mak kerja memasak je. Bunyi kuali, senduk berlaga semua dah jadi macam muzik harian. Jadi, bila Nur selalu tengok dan tolong mak masak, tiba-tiba teringin pula nak belajar memasak. Kita rasa seronok bila kita dah penat-penat memasak, ada orang makan makanan kita dan suka dengan makanan itu. KEPUASAN MEMASAK !
ARGHH! Teringin nak makan mee bandung. 
P.s./ menulis blog dengan perut lapar 🙍
MEMASAK DAH JADI HOBI NUR
Nur tak ada laa jenis yang gila-gila memasak, tapi sukalah kalau bab memasak atau buat kek macam itu. Lagi pun tahun lepas Nur baru dapat kakak ipar yang sama kepala, suka buat kek atau dessert jugak. SO NGAM! Masak dengan mak, buat kek dengan kakak. 👍
Dulu masa STPM, Nur jadi penolong kelas untuk 6 Inspirasi dan kawan-kawan lain panggil Nur macam mak-mak yang tengah jaga anak dia. Nak dijadikan cerita, semasa kami belajar secara berkumpulan dekat rumah Pazira (kawan sekelas Nur), kawan yang lain minta Nur masakkan apa-apa makanan sebab lepas belajarkan? mesti perut lapar. Jadi, Nur masakkan mee bandung. Kawan perempuan yang lain ada laa menolong sikit-sikit, ada yang tolong kisarkan cili kering, potongkan bahan-bahan. Nur tak perasanlah pula kawan Nur yang tolong kisarkan cili kering itu, dia gunakan air rebusan cili kering untuk kisar cili. PES CILI EKSTRA PEDAS! Waktu Nur rasa kuah itu, bagi Nur okay la jugak walaupun pedas sebab Nur suka makan pedas. Tapi kesianlah dekat kawan-kawan lain yang tak makan pedas itu, jadi Nur olah sikit untuk hilangkan rasa pedas tu.

Lepas dah siap masak semua, waktu makan Nur dah bagi amaran awal-awal yang kuah mee bandung tu rasa pedas yang menyengat sikit. Semua orang pun mengangguk je, tapi masa makan tu Nur boleh nampak laa yang seorang itu jenuh mengelap peluh dekat muka, yang duduk hujung meja dah habiskan sebotol air. Hahahahaa 😂 Rasa bersalahlah sebab Nur yang masak tapi nak buat macam mana, banyak tangan yang menolong. Jadi tak perasan yang pes cili tu jadi pedas sampai macam itu sekali. Nasib baik esoknya itu waktu cuti, seorang-seorang hantar mesej dalam group Whatsapp kelas bagitahu yang dia orang penat keluar masuk tandas dari semalam. Huhuhuhu, minta maaf laaa! (T_T)

Minggu yang seterusnya, Nur masakkan mee bandung lagi sekali waktu belajar *tebus rasa bersalah* tapi Nur masak sendiri, tak ada sesiapa tolong. Alhamdulillah, semuanya selamat masuk dalam perut 😂 Nasib sedap dan tak pedas. Takut laa jugak. Anak orang tu, kesian kena keluar masuk tandas hari-hari sebab cirit-birit.
Masak untuk iftar kelas


Mee Bandung Nurhidayati ;)




TRAGEDI 17 SEPT 2019

Haa cerita ni lagi sedih, hahahaha tak tau laa Nur nak mulakan cerita daripada mana. Okay, *tarik nafas dulu*
Waktu hujung minggu ke-3 Nur dekat UKM, Nur balik rumah dekat Gombak, Kuala Lumpur, saja nak habiskan masa hujung minggu dengan keluarga lagi pun tengah cuti Hari Malaysia. Pada hari Ahad (15.09.19), Nur tiba-tiba teringin nak makan brownies. Jadi, Nur keluarlah beli bahan-bahan untuk buat brownies dan petang itu Nur terus mula masak. Resepi yang Nur guna ini cuma resepi biasa je, tak ada laa yang super sedap punya. Biasa-biasa saja. Kalau nak resepi brownies yang Nur buat hari itu, boleh tengok ENTRY ni.
Brownies yang Nur buat itu bolehlah dapat tiga loyang; satu untuk makan dekat rumah, satu untuk bawa pergi majlis, dan lagi satu untuk bawa balik UKM nanti. Hari Isnin itu Nur dah balik UKM, brownies yang Nur bawa itu Nur kongsi-kongsi dengan kawan sebilik dan kawan lain. Alhamdulillah laa sebab dapat kongsi rezeki dengan orang lain. Lepas dah makan brownies itu, ada lagi baki yang tak habis. Nur letaklah bekas yang berisi Brownies tu atas meja belajar, dengan harapan esok lepas kelas nak sambung makan.
Jaaadiiii, keesokan harinya Nur ada kelas Mandarin pada waktu pagi dan kelas Aplikasi Komputer waktu petang. Satu hari Nur duduk dekat fakulti, tak balik kolej. Nur keluar daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan pada pukul 5:10 petang macam itu dan sampai Kolej Keris Mas, pukul 5:35 petang. Sebelum masuk bilik, Nur rasa macam tak sedap hati sebab rasa macam ada sesuatu yang Nur terlupa nak buat pada waktu pagi tadi.
Bila Nur buka je pintu bilik...................
Habis bersepah semua barang dan makanan dalam bilik 😭
TERHENTI SEKEJAP NAFAS! TERKAKU DEPAN PINTU.
Nur TERLUPA tutup tingkap bilik dan monyet masuk bilik buat parti. MAKAN BROWNIES!
Ya Allah, hanya tuhan je tau perasaan Nur masa itu. Dengan rasa penat balik kelas tak habis lagi, ini terus dapat kejutan dekat bilik. Haiihh~ sabar sajalah. Maggi, paket nestum dan brownies. LESAP! Rezeki monyet laa sebab dapat rasa brownies, makan mewah sekejap. Kalau tak hari-hari makan maggi, roti atau biskut orang lain. Terus FOBIA DENGAN MONYET! 🙊 Nasib baiklah malam semalam dah makan brownies tu sikit, kalau tak mesti tak dapat rasa langsung.
Pengajarannya... 

JANGAN LUPA TUTUP TINGKAP SEBELUM KELUAR BILIK YE !
Blueberry Cheese Tart untuk hari jadi kawan
Resepi untuk tart ini ada dekat SINI. 👈
Hobi Nur selain daripada suka masak, Nur pon suka makaan!! Jangan pernah katakan tidak pada makanan ye, nanti menyesal. Semua dah tahu hobi Nur apa, hobi anda semua pula, apa ye? Hehhehee. Okay laa, jumpa lagi untuk entry yang seterusnya nanti. Assalamualaikum..

Terima kasih,
Nurhidayati 💖

Read More

Minat? Hobi?

Hi, assalamualaikum!

"Nur apa minat awak? Hobi Nur apa? Nur nak jadi apa besar nanti?" 
Minat? Hobi? Kalau masa kecik-kecik dulu cikgu mesti tanya, SOALAN LAZIM. Semua orang ada minat yang berbeza dan pelbagai. Ada yang minat dengan kereta, fesyen, kraf atau memasak. Setiap minat atau hobi seseorang itu mencerminkan karakter atau ciri-ciri diri seseorang. 

Minat Nur apa? Fuuuhhh~ Banyak benda yang Nur minat sebenarnya, hahahaha sebab Nur suka belajar dan cuba benda baru. Kalau dah mulakan sesuatu benda itu, memang itu jelaa yang Nur akan hadap berhari-hari. Buat kraftangan atau inovasi produk, itu laa minat Nur! 

Beads of Words (B.O.W)
Semua jenis kraf Nur minat, dari melukis, menganyam atau produk 'diy' semua Nur buat. Beads of Words, produk ini salah satu produk yang Nur pernah pertandingkan dalam Program Pembudayaan Keusahawan Koperasi Sekolah (PPKKS) pada tahun 2013. Alhamdulillah, produk ni berjaya sampai ke peringkat kebangsaan, johan keseluruhan dan persembahan terbaik. BOW ni sebenarnya inovasi daripada produk anyaman dari Sarawak. Menganyam, menyusun manik dan mengikat manik-manik semestinya perlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi 😌 kalau tersalah satu manik, semua bahagian tu kena buka dan anyam semula. Baca je pun mesti dah rasa penatkan? Tapi disebabkan minat, benda tu semua normal dan terima jela. Hahahahah 😂

Kenangan 2013
Syarikat kami dapat masuk dalam majalah SKM 2014 dan TV 3.
Nur memang suka buat benda yang rumit-rumit, yang orang anggap benda tu remeh sebab bagi Nur benda tu akan jadi best kalau kita buat dengan cara yang betul. Kalau nak tahu dan belajar macam mana nak buat produk ni, boleh tengok dekat SINI👈. Video itu cuma teknik asas nak menganyam dan mencantumkan semua manik, jadi sesiapa yang nak 'try test cuba' rasa susahnya nak buat kraf ni, boleh laa jenguk-jenguk video tu. 👀



Terima kasih, 
Nurhidayati 💖
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus RSS Feed Email Pinterest

Quotes

When day is raining, I love to lie on the couch and see the dropping water.

About Me

NURHIDAYATI
指įĪšįŊ
Sweet 20
Selangor
UKM,Bangi
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian
Terima kasih sebab singgah ke blog Nur :)


Popular Posts

Visitors

Categories

Powered by Blogger.

Followers

Copyright © Pena Nurhidayati | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com