6 Atas Inspirasi 2017/2018

Kita semua keluarga. Belajar sama-sama, jatuh bangun sama-sama dan berjaya bersama.

Hijau

Tempat untuk mengelak daripada kesibukan bandar.

Graduation Day

Alhamdulillah, we graduated together.

Smile :)

Always be happy and smile to others.

Bangunan.

Setiap bangunan mepunyai ceritanya yang tersendiri.

Ilmu Baharu

Hi, assalamualaikum.

Siapa je yang tak pernah guna Microsoft Office kan? Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Powerpoint. Boleh jamin semua pernah guna, nak-nak lagi masa cikgu atau pensyarah bagi tugasan untuk buat kerja kursus atau latihan. 

Kerja kursus, kertas kerja, laporan program. 
Macam-macam jenis kertas kerja dah Nur pernah buat tapi kebanyakannya salah. Bukan salah buat kerja, tapi cara mengurus dan menggunakan Microsoft tu yang salah. Nak tau kenapa? Semuanya sebab kelas aplikasi komputer la ni. Hahahahaa. Kenapa laa ilmu ni tak diajar dari awal, tak ada laa nak bazir masa hadap laptop selama ni. 😭
Read More

Minat? Hobi?

Hi, assalamualaikum!

"Nur apa minat awak? Hobi Nur apa? Nur nak jadi apa besar nanti?" 
Minat? Hobi? Kalau masa kecik-kecik dulu cikgu mesti tanya, SOALAN LAZIM. Semua orang ada minat yang berbeza dan pelbagai. Ada yang minat dengan kereta, fesyen, kraf atau memasak. Setiap minat atau hobi seseorang itu mencerminkan karakter atau ciri-ciri diri seseorang. 

Minat Nur apa? Fuuuhhh~ Banyak benda yang Nur minat sebenarnya, hahahaha sebab Nur suka belajar dan cuba benda baru. Kalau dah mulakan sesuatu benda itu, memang itu jelaa yang Nur akan hadap berhari-hari. Buat kraftangan atau inovasi produk, itu laa minat Nur! 

Beads of Words (B.O.W)
Semua jenis kraf Nur minat, dari melukis, menganyam atau produk 'diy' semua Nur buat. Beads of Words, produk ini salah satu produk yang Nur pernah pertandingkan dalam Program Pembudayaan Keusahawan Koperasi Sekolah (PPKKS) pada tahun 2013. Alhamdulillah, produk ni berjaya sampai ke peringkat kebangsaan, johan keseluruhan dan persembahan terbaik. BOW ni sebenarnya inovasi daripada produk anyaman dari Sarawak. Menganyam, menyusun manik dan mengikat manik-manik semestinya perlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi 😌 kalau tersalah satu manik, semua bahagian tu kena buka dan anyam semula. Baca je pun mesti dah rasa penatkan? Tapi disebabkan minat, benda tu semua normal dan terima jela. Hahahahah 😂

Kenangan 2013
Syarikat kami dapat masuk dalam majalah SKM 2014 dan TV 3.
Nur memang suka buat benda yang rumit-rumit, yang orang anggap benda tu remeh sebab bagi Nur benda tu akan jadi best kalau kita buat dengan cara yang betul. Kalau nak tahu dan belajar macam mana nak buat produk ni, boleh tengok dekat SINI👈. Video itu cuma teknik asas nak menganyam dan mencantumkan semua manik, jadi sesiapa yang nak 'try test cuba' rasa susahnya nak buat kraf ni, boleh laa jenguk-jenguk video tu. 👀



Terima kasih, 
Nurhidayati 💖
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus RSS Feed Email Pinterest

Quotes

When day is raining, I love to lie on the couch and see the dropping water.

About Me

NURHIDAYATI
指įĪšįŊ
Sweet 20
Selangor
UKM,Bangi
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian
Terima kasih sebab singgah ke blog Nur :)


Popular Posts

Visitors

Categories

Powered by Blogger.

Followers

Copyright © Pena Nurhidayati | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com