Beberapa minggu sebelum ini merupakan minggu paling sibuk dan memenatkan untuk Nur sebab banyak sangat program, sukan, assignment dan exam yang kena buat. Fuuhhh ~ Alhamdulillah, minggu-minggu itu dah berlalu pergi sekarang, hehehee. Tapi masih ada banyak lagi minggu-mingu yang lebih mencabar akan datang.
Topik blog untuk minggu ini ialah SUKEM!
Sukem ini sebenarnya nama singkatan bagi Kejohanan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia yang akan diadakan pada setiap tahun. Setiap kolej yang ada dekat UKM akan berlawan dengan kolej-kolej lain mengikut sukan yang dipertandingkan. Antara sukan yang dipertandingkan ialah:
- Bola sepak
- Hoki
- Bola tampar
- Ping pong
- Badminton
- Catur
- Kriket
- Pencak silat
- Olahraga
- Skuasy
- Boling padang
- Taekwondo
- Bola jaring
- Bola baling
- Bola keranjang
- Sepak takraw
- Tenis
- Futsal
- Softball
- Ragbi
- Tenpin boling
- Petanque
- E-Sport (FIFA 20)
- Ultimate frisbee
Untuk SUKEM ini, Nur masuk sukan Petanque untuk wakil Kolej Keris Mas. Mesti first time dengar ada sukan nama PETANQUE. Okay, biar Nur cerita sikit tentang sukan ini.
PETANQUE
Petanque adalah sejenis sukan yang menggunakan “boule” atau bola yang diperbuat daripada logam dan dimainkan mengikut peraturan-peraturan tertentu. Bola akan dibaling mengikut cara balingan masing-masing untuk menghampiri bola jed, iaitu sasaran yang berupa sebiji bola kayu yang berukuran seperti sebiji guli. Boule yang lebih menghampiri bola jed akan membolehkan permain mendapatkan mata permainan. Mata penamat bagi permainan petanque adalah sebanyak 13 mata.
Tujuan Petanque ini adalah satu sahaja, PASTIKAN BOULE KITA DEKAT DENGAN BOLA JED. Walaupun terdapat 3 boule kita dekat dengan bola jed, tapi kalau dalam lingkungan bola jed terdapat boule pihak lawan dan merupakan boule kedua yang paling hampir dengan bola jed. Maka, kita hanya dapat 1 mata sahaja dan bukannya 3 mata. Selain membaling boule supaya dekat dengan bola jed, kita juga kena "shoot" atau menyingkirkan boule kumpulan lawan yang lebih dekat dengan bola jed supaya mereka tidak mendapat mata. Selagi boule kita lebih jauh daripada boule pihak lawan, kita kena baling boule sehingga kita punya lebih dekat dengan bola jed daripada pihak lawan walaupun sehingga kehabisan boule.
Nur dah main sukan Petanque ini sejak STPM lagi, saja-saja masuk nak cuba sukan yang tak pernah tahu. Ramai orang anggap sukan Petanque ini macam main guli sebab cuma perlu campak boule, tapi sebenarnya tak. Sukan ini sangat memerlukan fokus yang tinggi, ketepatan balingan dan teknik yang betul untuk membuatkan boule kita menghampiri bola jed. Sukan yang memberikan tekanan tinggi.
Berbalik kepada cerita Sukem. Pada 23 November 2019, semua pemain untuk wakil kolej akan berkumpul di Gelanggang Petanque Kolej Keris Mas dan mendaftarkan diri. Para pemain wanita bagi wakil kolej akan dibahagikan kepada 3 kumpulan.
Kumpulan A :
* Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)
* Kolej Ungku Omar (KUO)
* Kolej Dato' Onn (KDO)
Kumpulan B :
* Kolej Rahim Kajai (KRK)
* Kolej Burhanuddin Helmi (KBH)
* Kolej Tun Syed Nasir (KTSN)
* Kolej Aminuddin Baki (KAB)
Kumpulan C :
* Kolej Keris Mas (KKM)
* Kolej Pendeta Za'ba (KPZ)
* Kolej Ibrahim Yaakob (KIY)
* Kolej Tun Hussein On (KTHO)
Semasa pusingan kumpulan, KKM berlawan dengan KPZ terlebih dahulu dan kami menang dengan mata 13-3. Mungkin masih awal pagi, masing-masing baru nak panaskan badan dan nak selesakan diri dengan padang petanque.
Untuk game yang kedua, KKM berlawan dengan KIY. Alhamdulillah, pusingan ini kumpulan kami masih menang walaupun mata yang terkumpul adalah sedikit sahaja, iaitu 6-4. Tetapi tidak pada pusingan ketiga, KKM kecundang dengan KTHO kerana kami hanya mendapat mata 5-8. Kolej yang telah memenangi dua atau tiga perlawanan dalam kumpulan dengan mata yang terkumpul adalah tinggi, mereka akan dapat melayakkan diri ke pusingan suku akhir.
KEPUTUSAN AKHIR :
Wanita
Kumpulan A :
* Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)
* Kolej Ungku Omar (KUO)
* Kolej Dato' Onn (KDO)
Kumpulan B :
* Kolej Rahim Kajai (KRK)
* Kolej Burhanuddin Helmi (KBH)
* Kolej Tun Syed Nasir (KTSN)
* Kolej Aminuddin Baki (KAB)
Kumpulan C :
* Kolej Keris Mas (KKM)
* Kolej Pendeta Za'ba (KPZ)
* Kolej Ibrahim Yaakob (KIY)
* Kolej Tun Hussein On (KTHO)
Semasa pusingan kumpulan, KKM berlawan dengan KPZ terlebih dahulu dan kami menang dengan mata 13-3. Mungkin masih awal pagi, masing-masing baru nak panaskan badan dan nak selesakan diri dengan padang petanque.
KKM dan KPZ |
KKM dan KIY |
KKM dan KTHO |
Setelah pihak pengurusan Petanque telah membuat pengiraan untuk markah kumpulan, kolej yang dapat mara ke suku akhir ialah KDO dan KUO (Kumpulan A), KAB dan KBH (Kumpulan B) dan KKM dan KTHO (Kumpulan C). Naib Johan dan Johan bagi kumpulan C akan berlawan dengan Naib Johan dan Johan kumpulan A dan B. Pusingan ini adalah untuk menentukan pasukan yang akan mara ke pusingan separuh akhir dan akhir.
Papan pemarkahan sukan Petanque |
Suku Akhir : KKM vs KUO
Separuh Akhir : KKM vs KDO
Akhir : KKM vs KTHO
KEPUTUSAN AKHIR :
Wanita
- Kolej Tun Hussein Onn
- Kolej Keris Mas
- Kolej Aminuddin Baki
- Kolej Dato' Onn
Semasa pusingan separuh akhir tengah berlangsung, tiba-tiba hujan lebat turun. Permainan terpaksa diberhentikan sebab ada petir dan padang pasah. Dalam pukul 3 petang, hujan dah reda sikit jadi permainan terus dimulakan. Semangat kolej tu ada dekat semua pemain sebab sanggup berbasah untuk habiskan pusingan separuh akhir dan melayakkan mereka semua ke pusingan akhir.
Semua pemain bagi wakil kolej memang hebat-hebat! Ada strategik dan teknik masing-masing. Walaupun cuaca pada hari itu sangat panas waktu tengah hari dan hujan lebat sebelah petang, tapi itu semua tak menghalang semua pemain untuk beraksi dan mengumpul mata yang tinggi. Nur harap tahun depan kita semua dapat jumpa dan main lagi, UPGRADE KEPADA EMAS PULAK!
Terima kasih,
Nurhidayati ð