6 Atas Inspirasi 2017/2018

Kita semua keluarga. Belajar sama-sama, jatuh bangun sama-sama dan berjaya bersama.

Hijau

Tempat untuk mengelak daripada kesibukan bandar.

Graduation Day

Alhamdulillah, we graduated together.

Smile :)

Always be happy and smile to others.

Bangunan.

Setiap bangunan mepunyai ceritanya yang tersendiri.

Ilmu Baharu

Hi, assalamualaikum.

Siapa je yang tak pernah guna Microsoft Office kan? Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Powerpoint. Boleh jamin semua pernah guna, nak-nak lagi masa cikgu atau pensyarah bagi tugasan untuk buat kerja kursus atau latihan. 

Kerja kursus, kertas kerja, laporan program. 
Macam-macam jenis kertas kerja dah Nur pernah buat tapi kebanyakannya salah. Bukan salah buat kerja, tapi cara mengurus dan menggunakan Microsoft tu yang salah. Nak tau kenapa? Semuanya sebab kelas aplikasi komputer la ni. Hahahahaa. Kenapa laa ilmu ni tak diajar dari awal, tak ada laa nak bazir masa hadap laptop selama ni. 😭
Read More

Minat? Hobi?

Hi, assalamualaikum!

"Nur apa minat awak? Hobi Nur apa? Nur nak jadi apa besar nanti?" 
Minat? Hobi? Kalau masa kecik-kecik dulu cikgu mesti tanya, SOALAN LAZIM. Semua orang ada minat yang berbeza dan pelbagai. Ada yang minat dengan kereta, fesyen, kraf atau memasak. Setiap minat atau hobi seseorang itu mencerminkan karakter atau ciri-ciri diri seseorang. 

Minat Nur apa? Fuuuhhh~ Banyak benda yang Nur minat sebenarnya, hahahaha sebab Nur suka belajar dan cuba benda baru. Kalau dah mulakan sesuatu benda itu, memang itu jelaa yang Nur akan hadap berhari-hari. Buat kraftangan atau inovasi produk, itu laa minat Nur! 

Beads of Words (B.O.W)
Semua jenis kraf Nur minat, dari melukis, menganyam atau produk 'diy' semua Nur buat. Beads of Words, produk ini salah satu produk yang Nur pernah pertandingkan dalam Program Pembudayaan Keusahawan Koperasi Sekolah (PPKKS) pada tahun 2013. Alhamdulillah, produk ni berjaya sampai ke peringkat kebangsaan, johan keseluruhan dan persembahan terbaik. BOW ni sebenarnya inovasi daripada produk anyaman dari Sarawak. Menganyam, menyusun manik dan mengikat manik-manik semestinya perlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi 😌 kalau tersalah satu manik, semua bahagian tu kena buka dan anyam semula. Baca je pun mesti dah rasa penatkan? Tapi disebabkan minat, benda tu semua normal dan terima jela. Hahahahah 😂

Kenangan 2013
Syarikat kami dapat masuk dalam majalah SKM 2014 dan TV 3.
Nur memang suka buat benda yang rumit-rumit, yang orang anggap benda tu remeh sebab bagi Nur benda tu akan jadi best kalau kita buat dengan cara yang betul. Kalau nak tahu dan belajar macam mana nak buat produk ni, boleh tengok dekat SINI👈. Video itu cuma teknik asas nak menganyam dan mencantumkan semua manik, jadi sesiapa yang nak 'try test cuba' rasa susahnya nak buat kraf ni, boleh laa jenguk-jenguk video tu. 👀



Terima kasih, 
Nurhidayati 💖
Read More

Brownies Kedut

~Brownies Kedut~

KEK BROWNIES KEDUT 

Sana kedut... sini kedut.... 
Siapa jee yang tak suka makan brownies kan. Hari ni Nur nak kongsikan resepi brownies kedut yang Nur ambil daripada Hani Rosli tapi Nur ada olah sikit. Nur kurang suka makan kek manis-manis ni, jadi Nur olah sikit resipi tu dengan kurangkan kandungan gula dan bahan-bahan lain.

Brownies sebenarnya kek bantat. Nak dijadikan cerita, dulu ada seorang pembuat kek terlupa nak letak serbuk penaik dalam adunan. Jadi, selepas kek tu dah siap masak, kek tu jadi bantat atau tak naik (kecut). 'Kedut??' Ramai yang pelik macam mana permukaan brownies tu boleh berkedut. Kedutan itu terhasil daripada penggunaan coklat yang hampir 1/2kg. Untuk mendapatkan kedutan brownies yang cantik, pilihan coklat masakan dan mentega amat penting.

RESIPI BROWNIES KEDUT

Bahan A
  • 150 gram mentega (unsalted butter)
  • 400 gram coklat masakan (Dark Berryl's Choc)
Bahan B
  • 100 gram gula perang @ gula kastor
  • 4 biji telur
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/4 sk garam
Bahan C
  • 100 gram tepung gandum
  • 1/4 sk serbuk penaik
  • 1/4 gram serbuk koko
Bahan Tambahan
  • 45 gram coklat chip
  • 50 gram kacang badam (keping/hancur)
Cara-cara:
  1. Campurkan bahan A ke dalam bekas dan cairkannya dengan menggunakan kaedah "double boiler". Kemudian, gaul rata dan biarkan campuran tersebut sehingga sejuk untuk menghasilkan kedutan. (A)
  2. Dalam bekas yang berasingan, pukul bahan-bahan B secara sederhana sehingga sebati. (B) *Tips: Tidak perlu menggunakan mixer tetapi hanya gunakan 'whisk'.
  3. Ayak tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk koko di dalam bekas lain. Bahan C perlu diayak terlebih dahulu supaya tiada ketulan tepung yang tidak sebati dalam adunan brownies. (C)
  4. Setelah (A) telah sejuk sedikit, masukkan (A) ke dalam bekas (B) dan kacau sehingga rata. Kemudian, masukkan (C) sedikit demi sedikit ke dalam adunan (AB). *Tips: Gaul adunan tersebut dengan teknik kaup balik.
  5. Sekiranya anda mahukan brownies yang 'chewy' dan 'nutty', masukkan bahan tambahan tersebut ke dalam adunan.
  6. Alaskan acuan (10'x10') dengan kertas baking dan oleskan sedikit mentega sebelum menuang adunan brownies ke dalam loyang. *Nur akan taburkan sedikit garam atas permukaan brownies untuk ada rasa masin sikit. (opt)
  7. Bakar brownies tersebut ke dalam ketuhar pada suhu 160C selama 30-40 minit. *Tips: Panaskan ketuhar terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 160C. Biarkan pintu ketuhar terbuka sedikit selama 10 minit selepas brownies siap dibakar.
  8. Brownies siap untuk dipotong dan dimakan!! Jangan lupa ambil gambar banyak-banyak dan share dengan Nur okay? :D

Ni hasil kek brownies kedut Nur. 

Gambar kedua tu kurang kedut sebab Nur guna jenis coklat lain dan extra garam dekat permukaan brownies tu sebab tu permukaan dia nampak berlubang-lubang sikit, disebabkan taburan garam.

Read More

Blueberry Cheese Tart

BLUEBERRY CHEESE TART.

Hi assalamualaikum!

Hari ni Nur nak share resepi blueberry cheese tart ni. Dessert ni senang je nak buat sebab bahan dia tak banyak TAPI... leceh sikit sebab nak kena buat acuan untuk setiap satu. Biasa laa benda yang kecil-kecil ni biasanya leceh sikit. Tapi jangan risau, WORTH IT semua usaha tu sebab tart ni memang sedap! Kalau makan tart ni confirm tak cukup satu...

Okay, let's start baking !! 

Bahan-bahan untuk tart shell

100 gram marjerin atau butter (suhu bilik)
75 gram gula aising
1 biji telur
200 gram tepung gandum
1 s/k esen vanilla
acuan tart


  1. Campurkan marjerin dan gula aising ke dalam bekas dan pukul bahan tersebut dengan menggunakan senduk kayu atau spatula.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Gaul campuran sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit ke dalam campuran dan uli sehingga doh menjadi lembut.
  4. Ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan tart. Cucuk permukaan tart dengan menggunakan garfu untuk mengeluarkan udara.
  5. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga keperangan pada suhu 170C. *Pastikan oven dah dipanaskan terlebih dahulu selama 10-15 minit sebelum membakar tart. 
  6. Setelah tart siap dibakar, keluarkan tart daripada acuan dan biarkan tart sehingga sejuk.
Nota :
  • Kuantiti tepung bergantung pada kelembutan doh.
  • Tepung yang terlalu cair akan melekat pada senduk kayu atau permukaan bekas.
  • Balut doh dengan plastik dan simpan ke dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan doh yang baik.
  • Pastikan tart shell betul-betul sejuk sebelum meletakkan blueberry filling.
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus RSS Feed Email Pinterest

Quotes

When day is raining, I love to lie on the couch and see the dropping water.

About Me

NURHIDAYATI
指įĪšįŊ
Sweet 20
Selangor
UKM,Bangi
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian
Terima kasih sebab singgah ke blog Nur :)


Popular Posts

Visitors

Categories

Powered by Blogger.

Followers

Copyright © Pena Nurhidayati | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com