6 Atas Inspirasi 2017/2018

Kita semua keluarga. Belajar sama-sama, jatuh bangun sama-sama dan berjaya bersama.

Hijau

Tempat untuk mengelak daripada kesibukan bandar.

Graduation Day

Alhamdulillah, we graduated together.

Smile :)

Always be happy and smile to others.

Bangunan.

Setiap bangunan mepunyai ceritanya yang tersendiri.

E X A M F I N A L

Assalamualaikum semua. 
Hari ni last Nur buat entry untuk kelas Aplikasi Komputer; Puan Hafiza. Huhuhuhuu. Selepas ini, dah tak ada dah setiap minggu nak fikir  tajuk apa untuk blog, tapi tak bermaksud dah tak aktif blog okay, 
BLOG TETAP ONNZZZ
Hadiah daripada Puan Fiza untuk Top Posting Blog yang best
(walaupun Blog Nur sebenarnya tak best, biasa je) 😂
Sebelum itu, Nur nak ucapkan terima kasih banyak banyak banyak banyak dekat Puan Hafiza sebab banyak ajar ilmu baharu tentang komputer dekat Nur dan kawan-kawan lain. Nur memang minat belajar tentang IT ni, tapi sebab kali terakhir belajar IT masa tingkatan tiga dulu; subjek ICT, jadi dah lama tak buka laptop dan explore semua software. Alhamdulillah sem satu ini dapat belajar balik dan dapat pensyarah yang sempoi dan happening macam Puan Hafiza 💖

Okay.

Macam yang semua tahu sekarang ni dah minggu yang ke-13, jadi semua orang sibuk nak belajar dan buat latihan sebelum exam final 26 Disember 2019 nanti. Nur pun tak terkecuali juga. Tapi sebenarnya... lagi nak dekat exam, lagi banyak program dan assignment yang nak kena buat dan submit. Huhuhuhu 😭 
Minggu lepas, citra taekwondo Nur ada kena buat demonstration (koreografi dan pecahkan papan). Demo ini dikira sebagai 'exam final' kami yang ambil citra taekwondo. Nama kumpulan Nur ialah "The Victory". Kami berlatih seminggu je walaupun sebenarnya Master dah bagi tahu tentang demo ini dah lama. Setiap malam dari pukul 8.00p.m hingga 11.00p.m kami akan berlatih dekat Pusanika. 

THE VICTORY!!
Isnin, 9 Disember 2019
Pada malam itu, kami semua berkumpul dekat Pusanika untuk 'exam' demo. Semua orang dah ready pakai baju dobok, buat latihan terakhir dengan kumpulan masing-masing sebelum Master sampai. The Victory giliran persembahan yang kedua, jadi kami ada masa sikit untuk siapkan diri dan bertenang. 
Selepas habis je kumpulan pertama buat demo, nama The Victory telah diseru.. 
Jadi dengan langkah bismillah kami semua mula buat demo dan persembahan pecahkan papan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun hujung-hujung tu ada terlupa step. 🙈Waktu sesi pecahkan papan, Nur orang pertama yang akan pecahkan papan. Untuk tumbukan, Nur guna teknik Jebi Poom Mok Chigi dan tendangan guna teknik Dollyo Chagi. Semasa pecahkan papan guna tangan, papan pecah tapi masa cubaan yang pertama dan kedua untuk tendangan tak lepas sebab kaki tengah sakit. Jadi Nur cuba lagi sekali baru pecah. 
Sakit woo kaki tapi kutahan juga. HAHAHHAA😂
Selasa, 10 Disember 2019
Keesokkanya, Nur ada exam untuk citra Mandarin pula. Bayangkan seminggu lebih sibuk dengan latihan taekwondo dan esok selepas demo terus ada exam Mandarin. Exam Mandarin tu ada dua jenis exam, exam bertulis dan exam mendengar. 
Walaupun exam bertulis dia simple sebab sama macam buku latihan yang selalu guna dalam kelas, tapi tak ada PINYIN (Sebutan untuk Chinese Characters). Jadi, terus jem kepala sebab nak kena ingat balik Chinese Character tu apa maksud dia. Untuk exam mendengar pula, laoshi (pensyarah) akan bacakan ayat dalam Bahasa Cina dan kami kena teka maksud, susun ayat semula dan teka jenis-jenis tone.
Pinyin :
zuótiān xiàwǔ liǎng diǎn yǒu shàngkè.
Chinese Characters :
昨天下午上课.
Maksud :
Semalam, saya ada kelas pada jam 2 petang.
E X A M
Tu semua baru exam untuk citra, 26 Disember ni baru exam betul-betul. Takuutttt....
Semua exam akan bermula pada 26.12.19 hingga 6.1.19, tapi Nur punya exam untuk program Pentadbiran Perniagaan akan habis 3.1.19.
  • 26 Disember 2019  : Pengantar Pengurusan (3.30 p.m)
  • 27 Disember 2019 : Prinsip Perakaunan (8.30 a.m)
  • 30 Disember 2019 : Makroekonomi (8.30 a.m)
  • 02 Januari 2019 : Aplikasi Komputer (8.30 a.m)
  • 03 Januari 2019 : Statistik untuk Ekonomi dan Perniagaan (8.30 a.m)

Sekarang tengah musim exam, PTSL selalu penuh tak kira masa, pagi petang siang malam. Berjuang habis-habisan sampai ke titisan darah yang terakhir gitu, belajar keras untuk dapatkan markah yang cantik. Minggu depan dah 'study week', jadi mesti ramai yang ambil peluang untuk balik rumah dan belajar dekat rumah je. Termasuklah Nur, hehehhehe. #homesick. 
Sebenarnya takut bila nak dekat exam ini sebab ramai pensyarah kata yang sem 1 ini kena buat betul-betul sebab carry mark untuk CGPA tinggi. Waktu STPM dulu pun cikgu-cikgu kata kalau apa-apa exam sem 1, memang kena buat betul-betul. Kalau sem 1 markah dah jatuh teruk, naik sem 2 dan seterusnya nanti lagi sakit nak kejar CGPA dan nak dapatkan pointer 3.0 ke atas. 

Hanya mampu berusaha dan berdoa sahaja kepada Allah. Huhuhu

SELAMAT MAJU JAYA SEMUA UNTUK EXAM FINAL !



Terima kasih,
Nurhidayati 💖
Read More

HTML Assignment

Assalamualaikum,

 Nur buat post ni hanya untuk letakkan bahan-bahan assignment untuk topik HTML. Hehehhee, minta maaf. Tumpang lalu dulu ye. 

Read More

Jarum dan Benang

Assalamualaikum semuaa 🙋

Alhamdulillah, pejam celik je dah nak habis semester satu. Lagi beberapa minggu kita semua akan ada peperiksaan akhir. Rasa cepat sangat masa berlalu, rasa macam baru semalam masuk UKM, daftar diri dekat kolej dan ikut Minggu Mesra Mahasiswa (MMM). Walaupun dah nak habis satu semester, tapi masih banyak yang Nur kena belajar dekat UKM. Masih banyak tempat dalam UKM dan luar UKM yang Nur masih tak teroka dan pergi.

Sebelum ini Puan Fiza ada tinggalkan komen yang ada beberapa post Nur yang gambarnya tak boleh tengok, tapi waktu Nur tengok balik post itu tak ada apa-apa masalah. Jadi, Nur ingat mungkin gambar-gambar itu lambat keluar atau kena refresh blog daripada sisi Puan Fiza. Tapi setiap kali Nur buat post, mesti ada komen puan yang gambar masih tak boleh nak buka. Selepas Nur tengok dan minta tolong kawan lain buka blog Nur daripada peranti mereka, kawan-kawan Nur pun bagi tahu benda yang sama. 
"KENAPA GAMBAR DALAM BLOG KAU TAK BOLEH NAK TENGOK?" 
Satu persoalan yang masih tiada jawapan dan merungsingkan kepala. Hahahhaha 😂 Selepas dah beberapa kali meng'godek' blog, Nur mula perasan dan sedar, gambar-gambar yang 'hilang' tu semuanya gambar yang Nur ambil daripada Google Photos melalui link/URL atau URL gambar Internet yang penulisnya telah lock (pembaca tak boleh download gambar penulis itu). Jadi, permasalahannya sekarang ini adalah apabila kita mendaftarkan akaun Google kita dalam laptop dan upload apa-apa gambar daripada Google Photos ke dalam blog melalui URL, hanya diri kita sendiri sahaja yang boleh nampak sebab kita ada akses untuk ke akaun Google Photos. Seperti yang kita tahu, Google Photos ini lebih kepada akaun (galeri) yang privasi. Untuk mengatasi masalah ini, Nur kena download dulu gambar daripada Google Photos dan barulah upload ke dalam blog. KHALAS!

Senarai post yang dah dibaiki. Jangan tak lupa klik yee:

JARUM & BENANG

Hari ini Nur nak cerita tentang salah satu perkara yang Nur minat dan suka buat kalau ada masa lapang. Perkara yang melibatkan JARUM & BENANG. Ye! Menjahit.

Macam yang Nur pernah bagi tahu waktu posting blog yang pertama, Nur pernah masuk pertandingan koperasi; pertandingan antara syarikat yang mengeluarkan inovasi produk. Untuk tahun 2015, 'syarikat' Nur keluarkan produk tote beg yang ada dua muka, iaitu boleh guna lapisan luar dan lapisan dalam beg. Okay okay, Nur sebenarnya tak nak cerita tentang pertandingan itu. Nur nak berkongsi ilmu tentang apa-apa yang berkaitan dengan menjahit.

JOM KENALI JENIS KAIN










Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus RSS Feed Email Pinterest

Quotes

When day is raining, I love to lie on the couch and see the dropping water.

About Me

NURHIDAYATI
指示灯
Sweet 20
Selangor
UKM,Bangi
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian
Terima kasih sebab singgah ke blog Nur :)


Popular Posts

Visitors

Categories

Powered by Blogger.

Followers

Copyright © Pena Nurhidayati | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com