6 Atas Inspirasi 2017/2018

Kita semua keluarga. Belajar sama-sama, jatuh bangun sama-sama dan berjaya bersama.

Hijau

Tempat untuk mengelak daripada kesibukan bandar.

Graduation Day

Alhamdulillah, we graduated together.

Smile :)

Always be happy and smile to others.

Bangunan.

Setiap bangunan mepunyai ceritanya yang tersendiri.

E X A M F I N A L

Assalamualaikum semua. 
Hari ni last Nur buat entry untuk kelas Aplikasi Komputer; Puan Hafiza. Huhuhuhuu. Selepas ini, dah tak ada dah setiap minggu nak fikir  tajuk apa untuk blog, tapi tak bermaksud dah tak aktif blog okay, 
BLOG TETAP ONNZZZ
Hadiah daripada Puan Fiza untuk Top Posting Blog yang best
(walaupun Blog Nur sebenarnya tak best, biasa je) ðŸ˜‚
Sebelum itu, Nur nak ucapkan terima kasih banyak banyak banyak banyak dekat Puan Hafiza sebab banyak ajar ilmu baharu tentang komputer dekat Nur dan kawan-kawan lain. Nur memang minat belajar tentang IT ni, tapi sebab kali terakhir belajar IT masa tingkatan tiga dulu; subjek ICT, jadi dah lama tak buka laptop dan explore semua software. Alhamdulillah sem satu ini dapat belajar balik dan dapat pensyarah yang sempoi dan happening macam Puan Hafiza 💖

Okay.

Macam yang semua tahu sekarang ni dah minggu yang ke-13, jadi semua orang sibuk nak belajar dan buat latihan sebelum exam final 26 Disember 2019 nanti. Nur pun tak terkecuali juga. Tapi sebenarnya... lagi nak dekat exam, lagi banyak program dan assignment yang nak kena buat dan submit. Huhuhuhu 😭 
Minggu lepas, citra taekwondo Nur ada kena buat demonstration (koreografi dan pecahkan papan). Demo ini dikira sebagai 'exam final' kami yang ambil citra taekwondo. Nama kumpulan Nur ialah "The Victory". Kami berlatih seminggu je walaupun sebenarnya Master dah bagi tahu tentang demo ini dah lama. Setiap malam dari pukul 8.00p.m hingga 11.00p.m kami akan berlatih dekat Pusanika. 

THE VICTORY!!
Isnin, 9 Disember 2019
Pada malam itu, kami semua berkumpul dekat Pusanika untuk 'exam' demo. Semua orang dah ready pakai baju dobok, buat latihan terakhir dengan kumpulan masing-masing sebelum Master sampai. The Victory giliran persembahan yang kedua, jadi kami ada masa sikit untuk siapkan diri dan bertenang. 
Selepas habis je kumpulan pertama buat demo, nama The Victory telah diseru.. 
Jadi dengan langkah bismillah kami semua mula buat demo dan persembahan pecahkan papan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun hujung-hujung tu ada terlupa step. 🙈Waktu sesi pecahkan papan, Nur orang pertama yang akan pecahkan papan. Untuk tumbukan, Nur guna teknik Jebi Poom Mok Chigi dan tendangan guna teknik Dollyo Chagi. Semasa pecahkan papan guna tangan, papan pecah tapi masa cubaan yang pertama dan kedua untuk tendangan tak lepas sebab kaki tengah sakit. Jadi Nur cuba lagi sekali baru pecah. 
Sakit woo kaki tapi kutahan juga. HAHAHHAA😂
Selasa, 10 Disember 2019
Keesokkanya, Nur ada exam untuk citra Mandarin pula. Bayangkan seminggu lebih sibuk dengan latihan taekwondo dan esok selepas demo terus ada exam Mandarin. Exam Mandarin tu ada dua jenis exam, exam bertulis dan exam mendengar. 
Walaupun exam bertulis dia simple sebab sama macam buku latihan yang selalu guna dalam kelas, tapi tak ada PINYIN (Sebutan untuk Chinese Characters). Jadi, terus jem kepala sebab nak kena ingat balik Chinese Character tu apa maksud dia. Untuk exam mendengar pula, laoshi (pensyarah) akan bacakan ayat dalam Bahasa Cina dan kami kena teka maksud, susun ayat semula dan teka jenis-jenis tone.
Pinyin :
WĮ’ zuÃģtiān xiàwĮ” liĮŽng diĮŽn yĮ’u shàngkÃĻ.
Chinese Characters :
我æ˜ĻåĪĐäļ‹åˆäļĪį‚đ有äļŠčŊū.
Maksud :
Semalam, saya ada kelas pada jam 2 petang.
E X A M
Tu semua baru exam untuk citra, 26 Disember ni baru exam betul-betul. Takuutttt....
Semua exam akan bermula pada 26.12.19 hingga 6.1.19, tapi Nur punya exam untuk program Pentadbiran Perniagaan akan habis 3.1.19.
  • 26 Disember 2019  : Pengantar Pengurusan (3.30 p.m)
  • 27 Disember 2019 : Prinsip Perakaunan (8.30 a.m)
  • 30 Disember 2019 : Makroekonomi (8.30 a.m)
  • 02 Januari 2019 : Aplikasi Komputer (8.30 a.m)
  • 03 Januari 2019 : Statistik untuk Ekonomi dan Perniagaan (8.30 a.m)

Sekarang tengah musim exam, PTSL selalu penuh tak kira masa, pagi petang siang malam. Berjuang habis-habisan sampai ke titisan darah yang terakhir gitu, belajar keras untuk dapatkan markah yang cantik. Minggu depan dah 'study week', jadi mesti ramai yang ambil peluang untuk balik rumah dan belajar dekat rumah je. Termasuklah Nur, hehehhehe. #homesick. 
Sebenarnya takut bila nak dekat exam ini sebab ramai pensyarah kata yang sem 1 ini kena buat betul-betul sebab carry mark untuk CGPA tinggi. Waktu STPM dulu pun cikgu-cikgu kata kalau apa-apa exam sem 1, memang kena buat betul-betul. Kalau sem 1 markah dah jatuh teruk, naik sem 2 dan seterusnya nanti lagi sakit nak kejar CGPA dan nak dapatkan pointer 3.0 ke atas. 

Hanya mampu berusaha dan berdoa sahaja kepada Allah. Huhuhu

SELAMAT MAJU JAYA SEMUA UNTUK EXAM FINAL !



Terima kasih,
Nurhidayati 💖
Read More

HTML Assignment

Assalamualaikum,

 Nur buat post ni hanya untuk letakkan bahan-bahan assignment untuk topik HTML. Hehehhee, minta maaf. Tumpang lalu dulu ye. 

Read More

Jarum dan Benang

Assalamualaikum semuaa 🙋

Alhamdulillah, pejam celik je dah nak habis semester satu. Lagi beberapa minggu kita semua akan ada peperiksaan akhir. Rasa cepat sangat masa berlalu, rasa macam baru semalam masuk UKM, daftar diri dekat kolej dan ikut Minggu Mesra Mahasiswa (MMM). Walaupun dah nak habis satu semester, tapi masih banyak yang Nur kena belajar dekat UKM. Masih banyak tempat dalam UKM dan luar UKM yang Nur masih tak teroka dan pergi.

Sebelum ini Puan Fiza ada tinggalkan komen yang ada beberapa post Nur yang gambarnya tak boleh tengok, tapi waktu Nur tengok balik post itu tak ada apa-apa masalah. Jadi, Nur ingat mungkin gambar-gambar itu lambat keluar atau kena refresh blog daripada sisi Puan Fiza. Tapi setiap kali Nur buat post, mesti ada komen puan yang gambar masih tak boleh nak buka. Selepas Nur tengok dan minta tolong kawan lain buka blog Nur daripada peranti mereka, kawan-kawan Nur pun bagi tahu benda yang sama. 
"KENAPA GAMBAR DALAM BLOG KAU TAK BOLEH NAK TENGOK?" 
Satu persoalan yang masih tiada jawapan dan merungsingkan kepala. Hahahhaha 😂 Selepas dah beberapa kali meng'godek' blog, Nur mula perasan dan sedar, gambar-gambar yang 'hilang' tu semuanya gambar yang Nur ambil daripada Google Photos melalui link/URL atau URL gambar Internet yang penulisnya telah lock (pembaca tak boleh download gambar penulis itu). Jadi, permasalahannya sekarang ini adalah apabila kita mendaftarkan akaun Google kita dalam laptop dan upload apa-apa gambar daripada Google Photos ke dalam blog melalui URL, hanya diri kita sendiri sahaja yang boleh nampak sebab kita ada akses untuk ke akaun Google Photos. Seperti yang kita tahu, Google Photos ini lebih kepada akaun (galeri) yang privasi. Untuk mengatasi masalah ini, Nur kena download dulu gambar daripada Google Photos dan barulah upload ke dalam blog. KHALAS!

Senarai post yang dah dibaiki. Jangan tak lupa klik yee:

JARUM & BENANG

Hari ini Nur nak cerita tentang salah satu perkara yang Nur minat dan suka buat kalau ada masa lapang. Perkara yang melibatkan JARUM & BENANG. Ye! Menjahit.

Macam yang Nur pernah bagi tahu waktu posting blog yang pertama, Nur pernah masuk pertandingan koperasi; pertandingan antara syarikat yang mengeluarkan inovasi produk. Untuk tahun 2015, 'syarikat' Nur keluarkan produk tote beg yang ada dua muka, iaitu boleh guna lapisan luar dan lapisan dalam beg. Okay okay, Nur sebenarnya tak nak cerita tentang pertandingan itu. Nur nak berkongsi ilmu tentang apa-apa yang berkaitan dengan menjahit.

JOM KENALI JENIS KAIN










Read More

SUKEM

Hi Assalamualaikum,
Beberapa minggu sebelum ini merupakan minggu paling sibuk dan memenatkan untuk Nur sebab banyak sangat program, sukan, assignment dan exam yang kena buat. Fuuhhh ~ Alhamdulillah, minggu-minggu itu dah berlalu pergi sekarang, hehehee. Tapi masih ada banyak lagi minggu-mingu yang lebih mencabar akan datang.

Topik blog untuk minggu ini ialah SUKEM!

Sukem ini sebenarnya nama singkatan bagi Kejohanan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia yang akan diadakan pada setiap tahun. Setiap kolej yang ada dekat UKM akan berlawan dengan kolej-kolej lain mengikut sukan yang dipertandingkan. Antara sukan yang dipertandingkan ialah:
  1. Bola sepak
  2. Hoki
  3. Bola tampar
  4. Ping pong 
  5. Badminton
  6. Catur 
  7. Kriket
  8. Pencak silat
  9. Olahraga
  10. Skuasy
  11. Boling padang
  12. Taekwondo
  13. Bola jaring 
  14. Bola baling
  15. Bola keranjang 
  16. Sepak takraw
  17. Tenis
  18. Futsal
  19. Softball
  20. Ragbi
  21. Tenpin boling
  22. Petanque
  23. E-Sport (FIFA 20)
  24. Ultimate frisbee
Untuk SUKEM ini, Nur masuk sukan Petanque untuk wakil Kolej Keris Mas. Mesti first time dengar ada sukan nama PETANQUE. Okay, biar Nur cerita sikit tentang sukan ini. 

PETANQUE

Petanque adalah sejenis sukan yang menggunakan “boule” atau bola yang diperbuat daripada logam dan dimainkan mengikut peraturan-peraturan tertentu. Bola akan dibaling mengikut cara balingan masing-masing untuk menghampiri bola jed, iaitu sasaran yang berupa sebiji bola kayu yang berukuran seperti sebiji guli. Boule yang lebih menghampiri bola jed akan membolehkan permain mendapatkan mata permainan. Mata penamat bagi permainan petanque adalah sebanyak 13 mata. 

Tujuan Petanque ini adalah satu sahaja, PASTIKAN BOULE KITA DEKAT DENGAN BOLA JED. Walaupun terdapat 3 boule kita dekat dengan bola jed, tapi kalau dalam lingkungan bola jed terdapat boule pihak lawan dan merupakan boule kedua yang paling hampir dengan bola jed. Maka, kita hanya dapat 1 mata sahaja dan bukannya 3 mata. Selain membaling boule supaya dekat dengan bola jed, kita juga kena "shoot" atau menyingkirkan boule kumpulan lawan yang lebih dekat dengan bola jed supaya mereka tidak mendapat mata. Selagi boule kita lebih jauh daripada boule pihak lawan, kita kena baling boule sehingga kita punya lebih dekat dengan bola jed daripada pihak lawan walaupun sehingga kehabisan boule.

Nur dah main sukan Petanque ini sejak STPM lagi, saja-saja masuk nak cuba sukan yang tak pernah tahu. Ramai orang anggap sukan Petanque ini macam main guli sebab cuma perlu campak boule, tapi sebenarnya tak. Sukan ini sangat memerlukan fokus yang tinggi, ketepatan balingan dan teknik yang betul untuk membuatkan boule kita menghampiri bola jed. Sukan yang memberikan tekanan tinggi. 

Berbalik kepada cerita Sukem. Pada 23 November 2019, semua pemain untuk wakil kolej akan berkumpul di Gelanggang Petanque Kolej Keris Mas dan mendaftarkan diri. Para pemain wanita bagi wakil kolej akan dibahagikan kepada 3 kumpulan.
Kumpulan A :
* Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)
* Kolej Ungku Omar (KUO)
* Kolej Dato' Onn (KDO)
Kumpulan B :
* Kolej Rahim Kajai (KRK)
* Kolej Burhanuddin Helmi (KBH)
* Kolej Tun Syed Nasir (KTSN)
* Kolej Aminuddin Baki (KAB)
Kumpulan C :
* Kolej Keris Mas (KKM)
* Kolej Pendeta Za'ba (KPZ)
* Kolej Ibrahim Yaakob (KIY)
* Kolej Tun Hussein On (KTHO)

Semasa pusingan kumpulan, KKM berlawan dengan KPZ terlebih dahulu dan kami menang dengan mata 13-3. Mungkin masih awal pagi, masing-masing baru nak panaskan badan dan  nak selesakan diri dengan padang petanque.
KKM dan KPZ
Untuk game yang kedua, KKM berlawan dengan KIY. Alhamdulillah, pusingan ini kumpulan kami masih menang walaupun mata yang terkumpul adalah sedikit sahaja, iaitu 6-4.  Tetapi tidak pada pusingan ketiga, KKM kecundang dengan KTHO kerana kami hanya mendapat mata 5-8. Kolej yang telah memenangi dua atau tiga perlawanan dalam kumpulan dengan mata yang terkumpul adalah tinggi, mereka akan dapat melayakkan diri ke pusingan suku akhir.
KKM dan KIY
KKM dan KTHO
Setelah pihak pengurusan Petanque telah membuat pengiraan untuk markah kumpulan, kolej yang dapat mara ke suku akhir ialah KDO dan KUO (Kumpulan A), KAB dan KBH (Kumpulan B) dan KKM dan KTHO (Kumpulan C). Naib Johan dan Johan bagi kumpulan C akan berlawan dengan Naib Johan dan Johan kumpulan A dan B. Pusingan ini adalah untuk menentukan pasukan yang akan mara ke pusingan separuh akhir dan akhir.
Papan pemarkahan sukan Petanque
Suku Akhir : KKM vs KUO 
Separuh Akhir : KKM vs KDO 
Akhir : KKM vs KTHO 

KEPUTUSAN AKHIR :
Wanita

  1. Kolej Tun Hussein Onn
  2. Kolej Keris Mas
  3. Kolej Aminuddin Baki
  4. Kolej Dato' Onn
Semasa pusingan separuh akhir tengah berlangsung, tiba-tiba hujan lebat turun. Permainan terpaksa diberhentikan sebab ada petir dan padang pasah. Dalam pukul 3 petang, hujan dah reda sikit jadi permainan terus dimulakan. Semangat kolej tu ada dekat semua pemain sebab sanggup berbasah untuk habiskan pusingan separuh akhir dan melayakkan mereka semua ke pusingan akhir.

Semua pemain bagi wakil kolej memang hebat-hebat! Ada strategik dan teknik masing-masing. Walaupun cuaca pada hari itu sangat panas waktu tengah hari dan hujan lebat sebelah petang, tapi itu semua tak menghalang semua pemain untuk beraksi dan mengumpul mata yang tinggi. Nur harap tahun depan kita semua dapat jumpa dan main lagi, UPGRADE KEPADA EMAS PULAK!




Terima kasih,
Nurhidayati 💖
Read More

DATA BASE


Hi assalamualaikum semuaa.. 😋
Hari ini Nur nak berkongsi tentang topik pembelajaran Nur dalam kelas selama dua minggu ini berkaitan dengan Data Base menggunakan Microsoft Access. Perkara baharu lagi yang Nur belajar sepanjang dalam kelas aplikasi komputer. Selama ini kita hanya tahu guna Microsoft Word dan Power Point sahaja, Microsoft Excel kita hanya guna apabila perlu atau ada kerja kursus yang melibatkan pengiraan. Tapi sebenarnya Microsoft Ofice ini ada banyak lagi perisian yang kita belum tahu kegunaannya, seperti :
  • Microsoft Word : Digunakan untuk membuat kerja yang melibatkan perkataan yang banyak, media, dan pelbagai carta
  • Microsoft Power Point : Digunakan untuk kerja pembentangan yang melibatkan animasi, carta, dan media
  • Microsoft ExcelDigunakan untuk kerja yang melibatkan data atau nombor untuk proses pengiraan menggunakan rumus-rumus tertentu.
  • Microsoft AccessDigunakan untuk kerja penyimpanan dan penganalisisan data dan nombor.
  • Microsoft Publisher : Digunakan untuk mereka dan mencipta design, seperti template, banner dan banyak lagi.
  • Microsoft Outlook : Digunakan sebagai pengurus maklumat yang mempunyai fungsi sama seperti Windows Messaging atau Microsoft Mail.
  • Microsoft OneNote : Digunakan untuk mengumpulkan nota yang dihasilkan melalui tulisan tangan, lukisan, kliping skrin dan ulasan audio. 

APA ITU MICROSOFT ACCESS?

Microsft Access ialah sebuah sistem pengurusan pangkalan data yang membuat, mengolah dan menguruskan pangkalan data. Kebiasaannya, sesebuah syarikat akan membuat pangkalan data tentang syarikat mereka dengan menggunakan Access kerana perisian ini dapat menyimpan maklumat dan data yang besar dan teratur. Terdapat empat komponen penting yang perlu tahu sebelum membuat pangkalan data menggunakan Microsoft Access.

1. TABLE

'Table' merupakan komponen utama dalam pangkalan data yang digunakan untuk menyimpan sekumpulan data sejenis.Table terdiri daripada:
a) Field Name : Atribut daripada sebuah table yang menempatkan bahagian kolum (column).
b) Record : Bahagian di dalam field atau atribut yang saling berhubung yang menempatkan bahagian baris (row).
Table
Jenis-jenis data
Setiap field dalam sesebuah table hendaklah ditentukan jenis datanya. Terdapat beberapa jenis data dalam Microsoft Access, iaitu:    

  • Text : digunakan untuk field alphanumeric (nama, alamat, poskod, nombor telefon) dengan bilangan perkataan <225 patah perkataan bagi setiap field.
  • Memo : digunakan untuk teks panjang, seperti artikel dan deskripsi panjang.
  • Number : digunakan untuk menyimpan data numerik yang akan digunakan untuk proses pengiraan matematik.
  • Date/Time : digunakan untuk menyimpan data berjenis tarikh atau masa.
  • Currency : digunakan untuk menyimpan data berbentuk nilai mata wang.
  • Auto Number : digunakan untuk menentukan 'primary key'
  • Yes/No : digunakan untuk menyimpan data berbentuk pilihan (Yes/No@ True/False).
  • OLE Object : digunakan untuk eksternal objek, seperti menghubungkan dokumen daripada program lain (Excel/Word) ke dalam Access.
  • Hyperlink : digunakan sebagai emel hyperlink.
  • LookUp Wizard : digunakan untuk menghubungkan data antara table lain atau data-data dalam Microsoft Access.

CARA UNTUK MEMBUAT TABLE

1. Membuka Microsoft Access (Blank data base)> tekan Tab CREATE
2. Tekan Table (1). Pastikan table dalam keadaan DESIGN VIEW (button View sebelah kiri) dan save (namakan table (2) terlebih dahulu)
Biarkan pada baris pertama sebagai ID & Auto number (unique index)
3. Isi field mengikut data sendiri dan tetapkan jenis data (3).
Sekiranya kita hendak menetapkan had bagi sesuatu data, seperti had bilangan nombor untuk poskod, iaitu data hanya diisi sebanyak 5 patah perkataan. Kita boleh mengubahnya pada bahagian bawah table dan menetapkannya dalam Field size=5.
Contoh kegunaan:
Field size : 5 (Bilangan patah perkataan yang dibenarkan)
Validation Rule : <=5 (Nilai data yang diisi perlulah kurang daripada 5)
Validation Text : Must fill in a valid postcode (Info yang akan muncul sekiranya nilai bagi data yang diisi adalah lebih daripada 5)

4. SAVE dan ubah kepada DATASHEET VIEW.

5. Isikan data seperti yang diingini. 
Contoh Table yang telah diisi berdasarkan field yang ditetapkan.

2. QUERY

'Query' digunakan untuk memaparkan, mengubah dan menganalisis sekumpulan data serta memanipulasikan data tersebut. Pada bahagian Query juga, kita juga boleh mendapatkan maklumat yang diingini dengan lebih terperinci dengan meletakkan pertanyaan kepada data, seperti "Cawangan manakah yang mencatatkan jualan paling tinggi pada bulan Ogos?"

i) Data Definition Languange (DDL) digunakan untuk membuat atau mendefinisikan objek-objek dalam pangkalan data, seperti membuat table, hubungan antara jadual dan fungsi lain.

ii) Data Manipulation Languange (DML) digunakan untuk memanipulasikan data, seperti menambah, mengubah atau menghapuskan data serta mengambil maklumat yang diperlukan sahaja daripada pangkalan data.
Query
1.  Tab CREATE> QUERY DESIGN
2. Pilih table (1) yang ingin di'query' > Pilih field yang ingin dipaparkan (2).

Field: Jenis field yang telah ditetapkan dalam table
Table: Menunjukkan nama table bagi sumber data yang dipilih.
Sort: Susunan data secara menaik atau menurun.
Show: Untuk menentukan sama ada data yang dipilih hendak dipaparkan dalam query atau tidak.
Criteria: Ciri data yang hendak dikeluarkan berdasarkan pangkalan data dalam table. Contohnya, kita cuma nak memaparkan data pelanggan yang tinggal di Bangi. Maka, pada bahagian CRITERIA, kita perlu tulis in ("Bangi").
Or: Kriteria atau syarat lain. Contohnya, kita cuma nak memaparkan data pelanggan berdasarkan poskod, iaitu poskod yang bermula dengan 43. Maka pada field poskod, kita perlu tulis like ("43*").

3. Setelah siap menetapkan kriteria data, tekan butang RUN! (4) dan siap!
Query bagi data pelanggan yang telah dibuat berdasarkan kriteria yang dikehendaki.

3. FORM

'Form' digunakan untuk mengawal proses kemasukan data (input), mempersembakan data (output), memeriksa dan memperbaharui data. Penggunaan form juga dapat memastikan data yang disimpan adalah konsisten dan teratur.


Pastikan kita klik pada table yang kita ingin ubah kepada form.
1. Tab CREATE> FORM
Form
Jadi, form kita akan jadi macam ini. Terpulang, ikut kreativiti masing-masing nak susun atau warnakan kotak-kotak (1) dalam form itu untuk nampak lebih menarik dan cantik. Dalam form juga, kita boleh menambah gambar atau butang (2) untuk rekod baru dan mencari maklumat data lain dalam pangkalan data.

4. REPORT

'Report' adalah bahagian yang memaparkan data daripada table atau query dan dicetak secara untuk kegunaan syarikat. Dalam bahagian report, kita dapat mengubah rupa atau menambahkan grafik untuk kelihatan lebih menarik mengikut keperluan dan kehendak masing-masing.
Report
Pastikan klik pada table yang ingin dicetak terlebih dahulu.
1. Table> Tab CREATE> REPORT


Kita boleh buang maklumat lain yang tidak diperlukan dan mengubah susunan bagi data untuk kelihatan lebih teratur dan cantik. Setelah siap menyusun dan mencantikkan report, kita boleh cetak report yang telah dibuat. Untuk report di atas, Nur cuma memaparkan nama pelanggan, nombor telefon dan alamat emel untuk kegunaan buku kenalan. 
ALHAMDULILLAH, 
Setakat itu saja perkongsian Nur tentang pembelajaran dalam kelas aplikasi minggu lepas. Nur buat blog tentang topik ini sebagai 'ulang kaji' Nur tentang topik Data Base sebelum Nur buat assignment yang Puan Hafiza bagi minggu ini dan sebagai persediaan untuk Lab test 2 minggu depan. Walaupun perkongsian yang Nur buat ini tak secara menyeluruh, tapi cukup memadai laa untuk sesiapa yang baru-baru nak berjinak dengan data base dan Microsoft Access macam Nur. 😜

SEMOGA SEDIKIT PERKONGSIAN INI DAPAT MEMBANTU ANDA SEMUA. 


Terima kasih,
Nurhidayati 💖
Read More

Pengekodan HTML

Minggu lepas, masa kelas Aplikasi Komputer Puan Hafiza ada bagi tahu yang kami semua akan belajar tentang data base dan HTML. Kedua-dua topik ini kemungkinan akan jadi topik Lab test 2 nanti, bersiap sedia la nak berperang otak dalam makmal komputer nanti. Mimpi ngeri lab test 1 tak habis lagi. 😁

Untuk post blog minggu ini, Nur nak cerita tentang HTML sebab Nur belajar buat HTML ini masa dulu awal-awal Nur belajar buat blog. Setiap perkara yang kita nak ubah dalam setting blog atau nak cantikkan blog, kita mesti menggunakan HTML. Jadi, sebelum Nur ajar macam mana nak cantikkan blog anda semua. Jom kita kenal apa itu HTML dulu. 😉
HTML...
HTML ini sebenarnya ayat singkatan bagi Hypertext Markup Languange. HTML ialah bahasa standard pemprograman untuk seseorang membuat laman web yang boleh diakses melalui Internet. Dalam erti kata lain, laman web yang kita lihat dan baca sekarang ini ialah susunan HTML yang telah diterjemahkan oleh komputer supaya mudah difahami oleh pengguna Internet.

TAG 
HTML tag kebiasaannya dibuat secara berpasangan, itu tag pembuka < > dan tag penutup </ > yang perlu diletak pada bahagian awal dan akhir sesuatu konteksKalau setiap HTML yang kita buat tidak menggunakan tag yang betul (tag pembuka dan tag penutup), komputer tak dapat nak baca HTML itu dan akan jadi error.

Penggunaan HTML tag yang mesti ada dalam sesebuah laman web:
<HTML> : Tag permulaan kod aturcara bagi bahasa HTML
<HEAD> : Kebanyakan koding seperti Javascript, XML dan ASP dimasukkan dalam bahagian ini. Kebiasaannya "script" di dalam <HEAD> perlu dijalankan sebelum keseluruhan halaman dimuat turun sebagai persediaan.
</HEAD> : Penamat bagi <HEAD>
<BODY> : Sebarang koding yang ditulis di ruangan ini akan dipaparkan
</BODY> : Penamat bagi paparan
</HTML> : Penamat bagi bahasa HTML
---------------------------------------------------------------
<html>   
  <head>
    <div>
      <h1>Kelas Aplikasi Komputer</h1>         
      </h2>Jom belajar tentang HTML</h2>     
    </div>   
  </head>   
  <body>     
    <div     
     <p>Perenggan 1</p><img src="png"alt="URL gambar">
     <p>Perenggan 2 dan link<a href="https://example.com">hyperlink</a></p>     
     </div>   
   </body>
<html>
--------------------------------------------------------------
  • Division (div) : Unsur pada bahagian atas dan bawah (<div> </ div>) yang digunakan untuk menanda dalam bahagian kandungan yang lebih besar. 
  • Heading (h
  • Paragraph (p
  • Atribut (a) : Unsur untuk meliputi sebuah link (<a> </a>) dengan attribut href="URL"
Nur pun masih tak pakar lagi dalam bab HTML ini, jadi Nur bagi tahu setakat yang Nur tahu dan pernah guna je sebab takut tersalah bagi maklumat pula. Tapi secara keseluruhannya, kalau kita nak buat HTML koding, ini laa aturcara yang asas perlu ada dalam HTML kita itu.

CARA UNTUK MENCANTIKKAN BLOG

  • Design Template

Nur akan ajar macam mana nak tukar template blog kita untuk nampak lagi menarik dan cantik! Seperti yang kita tahu, kalau nak tukar design template kita akan ikut langkah-langkah ini.

1. Log in ke dalam blog > klik Theme dan pilih design mana yang kita suka.
2. Klik Customise untuk tukar warna dan jenis tulisan mengikut kesukaan masing-masing.
3. Lepas dah siap setting, jangan lupa klik APPLY TO BLOG.

Itu step asas kalau kita nak tukar design template yang sedia ada dalam blogspot punya setting. Tapi kalau kita nak blog kita nampak lain daripada yang lain dan menarik, anda semua boleh cuba ikut langkah ini.

Download template
1. Buka Google dan cari Blogger Templates atau mana-mana template yang boleh download free.
2. Klik dan download template yang anda suka. File zip yang anda download itu kena Extract dulu dan simpan dalam file baru.

Download ke dalam Blog
1. Log in Blogspot > Theme > Backup/Restore (Bahagian atas sebelah kanan)
2. Kalau takut blog lama hilang, kita boleh je Download Back Up.
3. Selepas itu, klik Choose file untuk upload file template yang kita extract tadi. Upload file template yang jenis XML Document. Tekan UPLOAD dan SIAP!!

  • Customise Favicon
Kali ini Nur nak share pulak cara nak tukar favicon button yang dekat tab atas tu kepada icon yang kita nak. Mesti bosan asyik tengok button oren dengan Logo B saja setiap kali kita buka blog, kalau Nur pon bosan. Hari ini buat blog, kalau boleh esok itu terus nak tukar favicon. Hahahaha  
 
Ini adalah bentuk favicon kepada sesiapa yang belum tahu lagi favicon itu apa. Nur nak ajar cara untuk tukar daripada favicon lama (1) kepada favicon baru (2).

1. Log in Blogspot> LayoutFavicon (bahagian atas sebelah kiri)
2. Klik edit> upload favicon yang kita dah download.
3. Klik upload dan SAVE!

Selain itu, kita juga boleh edit melalui HTML blog.
1. Log in Blogspot> DesignEdit html
2. Tekan CRTL+F untuk cari kod
<b:skin><![CDATA[/*
3. Kalau dah jumpa kod tadi, sila copy kod ini ▼ DI ATAS kod tadi.
<link href='URL image icon anda' rel='shortcut icon' type='image/gif'/>
4. Sila gantikan "URL image icon andadengan URL icon favicon yang anda pilih. *Pastikan URL gambar yang anda masukkan atau copy adalah format gif, PNG, JPEG.
5. Jangan lupa SAVE yang kita dah buat tu!

Tak tahu mana nak cari icon favicon yang comel dan cantik? Anda semua boleh tengok dekat SINI. atau google je "icon favicon"

Selain itu, kalau kita nak tambah button Instagram, Twitter atau apa-apa akaun media sosial yang kita ada, anda semua boleh cuba ikut tutorial ini. Biasa laa remaja sekarang nak promote akaun Instagram atau akaun Twitter supaya bilangan followers (pengikut) bertambah. Heheheehe ðŸ˜
Button Instagram dan Twitter di sebelah kiri


1. Log in Blogspot> LayoutAdd a gadget (side bar)> HTML/ Javascript
2. Copy link di bawah ini.

<center><table border="0"><tbody><tr><td>

<a href="https://www.facebook.com/nurhidayatie_ieda" target="_blank"><img alt=" Add Me" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhiiRntLZ37cVX4ktprqklRQA8cLoe90ZN0cM5Ky-vxDgUtUFJcqyWgpMbeJoxVvqpbIT63ALUiTVgnBHlyw7MM-O9Re2Fnesm6Sfln8Ym2j12DK9I6QrFvZm9DiaqUQ-WjqslVqX-j9Uoh/s1600/Facebook.png" style="width:50px;height:50px" /></a></td><td>

<a href="https://twitter.com/nurhidayatiieda" target="_blank"><img alt=" Follow Me" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisNQMAUP51d7Ykc2-8lH1V0ya5Z7a6M5vBBTgkiCBET6msvheWv7xiDq95p7HWwTk2ScY8l_ySyOVN4KG1DqWSAvbnwkhIthvYDCSouR5hB6Oja1XicUfTWag4feB5xyt8zp7hJZ61qJS5/s1600/Twitter.png" style="width:50px;height:50px" /></a></td><td>

<a href="https://www.instagram.com/nr.hidayati/" target="_blank"><img alt=" Follow Me" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJOhTq1JEueVP3pwlU7f__GdVnpmpbxQKg9KkikWNIwqhQ0IYP4HSpvLc-VR-nPd18JOReD36XgeAJDHfRXx3QShnYPaszJhHZyn7HmHq-pO1XcT8wYmiauF_lqlDq19gJeXQEb9hixLhz/s1600/Instagram.png" style="width:50px;height:50px" /></a></td><td>

<a href="https://www.pinterest.com/" target="_blank"><img alt=" Follow Me" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgphZc8dRK7Gr5NDO3RpVMt1NjC8ZcsCOInKrySOkrd0rusywjZACKcRIrKIT1Xo6hyhPEhbm1ZkKdcmf8Q8P6gWsAthCZI7S91NCJk9R1HXgyOVaD478s3JLiUeWz2eMvLeMtPQRjmTNLo/s1600/Pinterest.png" style="width:50px;height:50px" /></a></td>

</tr></tbody></table></center>

Tukarkan
BIRU - Link Facebook
MERAH - Link Twitter
OREN - Link Instagram
UNGU - Link Pinterest

3. Klik SAVE dan lihatlah hasilnya!

Sebenarnya banyak lagi tutorial untuk blog yang menggunakan HTML, nanti Nur akan bagi tahu dekat post yang akan datang. Tapi kebanyakan idea untuk mencantikkan blog, Nur tengok dan belajar dari Blog Cik Nurfarah. Banyak perkara yang blog Cik Nur farah ini ajar tapi mungkin susah sikit untuk kita cuba sebab blog ini ajar menggunakan blog versi yang lama. Jadi, kemungkinan sebahagian daripada langkah-langkah dalam tutorial itu dah tak boleh nak diikut 100%. 





Terima kasih,
Nurhidayati ðŸ’–





Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus RSS Feed Email Pinterest

Quotes

When day is raining, I love to lie on the couch and see the dropping water.

About Me

NURHIDAYATI
指įĪšįŊ
Sweet 20
Selangor
UKM,Bangi
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian
Terima kasih sebab singgah ke blog Nur :)


Popular Posts

Visitors

Categories

Powered by Blogger.

Followers

Copyright © Pena Nurhidayati | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com